Nuffnang

Jumaat, 31 Januari 2014

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


Saya Tak Rindu <b>Mizz Nina</b> Yang Dulu – <b>Mizz Nina</b> | - Beautifulnara

Posted: 29 Dec 2013 07:59 PM PST


Apa yang Abang Nara suka mengenai penghijrahan Mizz Nina ialah ketiadaan publisiti, cerita atau kisah tentang perkara tersebut. Daripada seorang penyanyi yang ligat menari di atas pentas, tup-tup dah pakai tudung. Tak ada kecoh sana sini. Senyap je. Dan Mizz Nina hanya tampil bercerita mengenai penghijrahannya selepas beberapa bulan melakukan perubahan tersebut.

mizz nina tudung

Menerusi Pancaindera semalam, Abang Nara tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang sudah melepaskan sepenuhnya dirinya yang dulu. Tiada lagi Mizz Nina yang menari, menyanyi dan beraksi di atas pentas. Kata Mizz Nina:-

Tidak. Saya tak rindukan dia (Mizz Nina yang dulu). Saya dah lepaskan segalanya. Semuanya mengenai Mizz Nina dahulu tak lebih daripada sekadar stu pesona bintang di atas pentas hiburan.

Saya sudah rasai semua itu jadi tak ada apa lagi yang saya mahu kejarkan. Namun ya, kadangkal saya rindu untuk menari. Dah bertudung tak beerti saya tak boleh menari bukan? Saya boleh menari semasa menghadiri kelas senaman atau di rumah, betul tak?

mizz nina tudung

Sikap positif sebegini seharusnya ada dalam setiap wanita Islam yang bertudung. Mengikut tuntutan Islam bukan bermakna semua perkara tidak boleh dilakukan. Ada caranya untuk meneruskan minat anda. Abang Nara turut tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang diluahkan semalam.

Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkan amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimat saat masih hidup ini?

Saya buat semua ini dengan hati yang terbuka. Setiap hari saya tanam azam mahu menjadi lebih baik dari semalam. Ini bukan soal hijab sahaja. Janganlah cuma memandang luaran. Saya buat semua ini kerana Allah SWT sebab saya seorang muslim.

Kalau boleh saya tak mahu orang bertanya hal hijab ini lagi. Cukuplah dengan penjelasan ini. Usaha saya untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan.

Kalau ada yang terinspirasi dengan perubahan saya ini, Alhamdulillah. Baguslah apa salahnya kita berubah bersama-sama. Itu lebih baik.

mizz nina tudung

Terbaik bukan kata-kata yang diucapkan Mizz Nina? Kejujuran dan keikhlasan inilah yang memikat hati para peminat Mizz Nina yang mengkagumi perubahan yang dilakukan olehnya. Kepada Mizz Nina, semoga tahun 2014 akan menjadi lebih baik buat anda dan suami. Teruskan menjadi role model untuk peminat-peminat anda. Tahniah Mizz Nina.

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan