Nuffnang

Jumaat, 31 Januari 2014

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Live Streaming Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu Ke 28 | AJL <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2014 10:02 PM PST

LAGU MANA AKAN JADI JUARA?


Tonton Klip Video Persembahan AJL 28 [Klik Sini]

Debaran Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL 28) hanya tinggal beberapa jam saja lagi. Stadium Putra Bukit Jalil kini semakin panas. 12 buah lagu akan berentap untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu untuk tahun 2013. Nantikan siaran langsung pada jam 9.00 malam di TV3.

Apa yang menarik kali ini ialah tema atau konsep persembahan yang diketengahkan iaitu 'Game On'. Mesti ada antara korang yang kurang pasti tentang konsep ini. Lebih kurang macam game jugak tapi lebih kepada teknologi digital. Sama-sama kita nantikan kejutan malam ini.

Jika sebelum ini, giliran persembahan peserta ditentukan melalui cabutan undi, tapi kali ini pihak penganjur telah menetapkan giliran mereka. Ada kelebihannya jugak kerana mood dan juga momentum sangat dipengaruhi oleh genre muzik. Jadi susunan sebegini dapat mengekalkan tempo supaya lebih bertenaga.

Giliran persembahan Anugerah Juara Lagu 28 | 26 Januari 2014

1. Aku Pelat (Salammusik)

2. Takkan Terpisah (Black)

3. In Love With You (Aizat Amdan & Noh Saleh)

4. Hanya Aku (Hyper Act) - Naib Juara AJL28

5. Bosan (Stacy)

6. Bahagiamu Deritaku (Hafiz) - Juara AJL28 & Persembahan Terbaik AJL28

7. Penglipur Lara (Hazama & The Penglipurlara)

8. Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) - Vokal Terbaik AJL28

9. Sahabat (Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul)

10. Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter)

11. Kau Yang Terindah (Alyah)

12. Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet) -  Ketiga AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke-28 (AJL 28)

Tarikh : 26 Januari 2014 (Ahad)

Tempat : Stadium Putra Bukit Jalil

Masa : 9 pm - 11.30 pm

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Entri berkaitan : anugerah juara lagu , finalis , keputusan , live streaming , program , siaran langsung , tv3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan