Maya Karin - Google Blog Search |
Memang Saya Sudah Ada Teman Istimewa - <b>Maya Karin</b> | Portal <b>...</b> Posted: 29 Jan 2014 04:00 PM PST Rumahtangga yang dibina pernah runtuh ditengah jalan suatu ketika dulu, namun, ia bukanlah alasan bagi Maya Karin untuk hidup bersendirian selama-lamanya. Pernah digosipkan bercinta dengan beberapa jejaka tampan, Maya kini tampil memberitahu peminat bahawa hatinya kini sudah dimiliki. Tapi, siapa jejaka bertuah yang berjaya memikat hati wanita berdarah kacukan Melayu-Jerman, ini? Menurut laporan Sinar Harian semalam, Maya mengaku dirinya kini cukup gembira dan kini sudah enam bulan mengenali jejaka istimewa itu. Bagaimanapun, Maya tidak mahu menghebohkan individu yang kini bertakhta dihatinya itu kerana tidak mahu kisah peribadi menjadi tumpuan berbanding karier seninya.
Maya turut mengakui dirinya tidak pernah serik untuk bercinta dan akan memaklumkan kepada semua peminat jika ada berita baik darinya. Dalam perkembangan terbaru, Maya berkata filem Sejoli adalah satu-satunya filem yang sudah pasti ditayangkan manakala tiga lagi filem lakonannya seperti Juwanita, Lagenda Budak Setan 3 dan Nota masih belum diketahui tarikh sebenar tayangannya. |
You are subscribed to email updates from Maya Karin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan