Nuffnang

Sabtu, 5 April 2014

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


URUS SYARIKAT PAKEJ UMRAH, <b>ADI PUTRA</b> SUDAH BERHENTI <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2014 09:03 PM PDT

Rasanya masih ramai yang belum tahu, pelakon Adi Putra kini sudah memiliki syarikat sendiri iaitu Hadid Travel & Tours. Syarikat berkenaan ditubuhkan sejak awal tahun lalu dan menguruskan pakej umrah. Dek kerana sibuk menguruskan syarikat berkenaan, maka mulalah timbul khabar angin mengatakan pelakon itu sudah meninggalkan dunia lakonan. Betul ke?

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Oh tidak, memetik sumber berita, Adi menjelaskan dia tidak akan meninggalkan dunia lakonan walaupun dia kini sibuk menguruskan syarikat itu. Katanya, penglibatannya dalam bidang perniagaan itu adalah sesuatu permulaan baharu dalam hidupnya dan akan memberikan fokus kepada kedua-dua bidang tersebut dengan sebaik-baiknya.

Adi Putra

"Tidak, saya akan masih terus berlakon selagi masih diperlukan dan perniagaan pakej umrah ini adalah satu ruang baharu untuk saya terus menimba ilmu dan bezanya ia dalam bidang perniagaan. Alhamdulillah tahun lalu rezeki saya banyak dalam bidang lakonan dan tahun ini pula dapat terlibat dalam perniagaan," katanya.

Dalam pada itu, Adi berkata, walaupun masih baharu dalam bidang tersebut namun dia akan memastikan semua keperluaan peserta yang menggunakan pakej umrah syarikatnya akan diuruskan dengan baik. Adi akan memastikan kesemua peserta yang mengikuti pakej umrah syarikatnya diuruskan dengan baik. Malah kata Adi, pihaknya turut menyediakan ustaz berpengalaman dalam mengerjakan umrah bagi membantu mereka menyempurnakan ibadah mereka apabila tiba di Mekah.

Tambah Adi, buat masa ini dia hanya menfokuskan kepada pakej umrah kepada peserta dari Malaysia selain Singapura dan tidak bercadang untuk membuka pakej haji. Sementara itu, Adi turut menjelaskan dia tidak pernah menggunakan popularitinya sebagai seorang selebriti untuk menarik perhatian peminat dalam melariskan pakej umrah syarikatnya yang ditubuhkan beberapa bulan lalu.

p/s: Wah, menarik ni. Semoga Adi dapat terus fokus dalam kedua-dua bidang…

Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan