Nuffnang

Sabtu, 5 April 2014

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


Cinta Shafie Nawip & <b>Sara Ali</b> | buahmulut.com

Posted: 16 Feb 2014 03:49 AM PST

Pernah bergandingan bersama dalam filem Songlap, pelakon Syafie Naswip dan Sara Ali pantas mencipta keserasian bersama. Kali ini diteruskan pula menerusi drama menarik Biskut-Biskut Cinta mengisi slot Panggung Ahad di TV1.


Shafie Nawip & Sara Ali

Menemui penonton pada 23 Februari; pukul 10.05 pagi, Biskut-Biskut Cinta sarat dengan adegan komedi bila si gadis yang merubah identitinya menjadi tomboy jatuh cinta pada pemuda yang selalu menjadi penyelamat kepadanya.

Drama arahan Yusni Yusoff ini berkembang dengan memperkenalkan watak utama gadis bernama Khirul Bariah (Sarah Ali) lari ke bandar kerana takut dikahwinkan dengan orang tua di kampungnya. Dia menukar perwatakan menjadi lelaki dengan nama Kerol kerana takut diganggu.


Shafie Nawip & Sara Ali

Dia kemudiannya diterima bekerja di kedai biskut dan pada masa yang sama berjumpa dengan rakan serumah bernama Anuar (Shafie Naswip). Anuar merupakan penyelia di kedai biskut tempatnya bekerja. Setiap bulan Kerol mengirim wang pada ibunya di kampung untuk melangsaikan hutang keluarga dengan orang kaya di kampung.

Berlaku peristiwa-peristiwa lucu semasa tinggal serumah dengan Anuar hingga memaksa Kerol mencari rumah sewa lain kerana takut rahsianya bocor dan diketahui oleh Anuar.


Shafie Nawip & Sara Ali

Pada suatu hari Kerol diganggu oleh sekumpulan remaja nakal. Mujur Anuar berada di situ lantas menyelamatkan Kerol. Sejak itu Kerol terpaut hati tanpa di sedari Anuar. Anuar pula merasakan Kerol seorang yang pelik kerana jarang bergaul dengannya semasa mereka tinggal serumah hingga memaksa beliau menyiasat siapa Kerol sebenarnya.

Akhirnya Anuar dapat tahu siapa Kerol hingga menyebabkan dia kecil hati dan marah pada Kerol. Kerol menerangkan keadaan sebenar hingga berjaya memujuk Anuar dan Anuar pergi ke kampung Khairul bariah bertemu ibunya.Pulang ke rumah Kerol terkejut kerana ibunya telah berkahwin dengan Pak Yazid, orang kaya di kampungnya.

Drama ini turut dibintangi oleh Kamarul Hj Yusuff (Pak Yazid), Delimawati (Mak Ton), Sharonizam Noor (Abang Leman), Zila Bakarin (Julia) dan Rasyid Jaafar (Zaki).

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan