Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search |
Saya Tak Bodoh Nak Serang Wanita Hamil – <b>Sharnaaz Ahmad</b> | Posted: 24 Feb 2014 07:13 PM PST Sehebat mana pun seorang lelaki, kalau dia menyerang seorang wanita, lebih-lebih lagi yang sedang hamil, maka dia bukanlah seorang lelaki sejati. Abang Nara tak percaya Sharnaaz Ahmad sanggup melakukan perkara sedemikian. Walaupun sebelum ini Sharnaaz sering digambarkan sebagai lelaki garang dan panas baran, namun Abang Nara pasti Sharnaaz tahu menghormati seorang wanita. Semalam kecoh di dada akhbar mengenai dakwaan Nisdawati yang dirinya diserang oleh Sharnaaz Ahmad di lokasi penggambaran sebuah drama. Memang ramai yang bersimpati terhadap Nisdawati lebih-lebih lagi pelakon wanita itu sedang hamil. Namun menerusi portal Murai, Sharnaaz memaklumkan dia tidak akan melakukan perkara sebegitu kepada seorang wanita. Kata Sharnaaz:-
Sementara itu menerusi Harian Metro hari ini, pihak polis berkata yang mereka tidak akan melakukan siasatan terhadap laporan polis yang telah dilakukan. Menurut pihak polis, perkara ini adalah salah faham dan bukannya ugutan. Nampak gayanya jalan penyelesaian hanya akan ada sekiranya pihak terbabit bertemu muka untuk berbincang. Gaduh lama-lama pun tak guna, lebih baik cuba untuk mencari jalan keluar daripada kontroversi ini. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan