Nuffnang

Jumaat, 18 April 2014

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


12 GUA : <b>Aliff Aziz</b> Menyesal Mahu Berkahwin - Gua.com.my

Posted: 14 Apr 2014 10:15 AM PDT

Bagi peminat Aliff Aziz, GUA rangkumkan 12 perkara menarik yang mungkin anda tidak tahu mengenai penyanyi lagu 'Sayang Sayang' ini. Jom semak senarai di bawah!

1. Jika tidak menjadi artis, Aliff mungkin akan menjadi seorang pramugara.

2. Penyanyi kelahiran Singapura ini fobia dengan lipan dan labah-labah. Menurut Aliff, ketakutan yang dialaminya itu boleh menyebabkan dia bergaduh dengan orang yang cuba menakutkannya dengan haiwan tersebut walaupun individu tersebut hanya bergurau dengannya.

3. Destinasi bulan madu pilihan Aliff ialah Kepulauan Maldives.

4. Aliff tak minat bola sepak dan apa saja jua jenis sukan.

5. Pemuda berusia 23 tahun ini bukan pencinta gadget.

6. Gemar makan budu, cencaluk dan petai, namun Aliff tidak boleh makan atau bau apa saja jenis bawang.

 
7. Penyanyi lagu 'Jangan Ganggu Pacarku' ini takut dengan ketinggian.

8. Sangat menggemari minuman 'Teh Botol Indonesia' sehingga sanggup pesan tiga kali ketika makan di restoran ayam penyet. Tidak cukup dengan itu, Aliff akan membeli satu karton yang mempunyai 24 botol minuman tersebut dan pernah minum sehingga badannya sakit.

9. Mengakui dulu seorang yang kuat berjalan dalam tidur sehingga perlu dipakaikan gelang kaki oleh ahli keluarganya.

10. Tidak suka tengok atau dengar cerita hantu kerana seorang yang lemah semangat dari kecil dan mengakui boleh nampak 'benda' tersebut.

11. Sukar mencari kasut kerana memakai saiz kasut 12. Jika masuk ke dalam kedai kasut, perkara pertama yang ditanya adalah apakah saiz paling besar yang kedai tersebut ada.

12. Benda paling menyesal pernah dilakukan adalah apabila membuat keputusan untuk berkahwin pada usia 21 tahun. Walau bagaimanapun, Aliff bersyukur kerana Tuhan memberi petunjuk kepadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan