Nuffnang

Jumaat, 18 April 2014

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


(25 GAMBAR)Awal Ashaari & <b>Scha Al Yahya</b> Bulan Madu Di United <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2014 08:59 PM PDT


Amboi kenapa la sweet sangat pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ini? Boleh menimbulkan rasa cemburu (ok gurau jer). Seronok sungguh melihat aksi romantis dan bersahaja mereka berdua ketika bercuti/berbulan madu ke United Kingdom baru-baru ini. Banyak sungguh tempat yang mereka berdua sempat lawati.

scha dan awal

Walaupun sedang hamil, Scha nampak masih aktif dan bersemangat menemani suaminya berjalan-jalan.  Orang kata banyak berjalan nanti senang ketika nak beranak. Abang Nara tengok raut muka Scha nampak gaya anak yang dikandung seperti berjantinakan perempuan. Sama-samalah kita nantikan kelak.

scha dan awal

Semoga percutian merangkap bulan madu ini mengeratkan lagi hubungan Awal dan Scha. Seronok Abang Nara melihat keceriaan mereka berdua. Semoga kekal "sweet" sepanjang masa. Lepas ini bolehlah mula cari barang baby. Abang Nara berani jamin keseronokan ketika melakukan pencarian. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Selfie dengan sellotape kini jadi trend

scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal
scha dan awal

Baca Yang Ini Pulak:-

<b>Scha Alyahya</b> Tidak Mahu Mewahkan Anak - Cerita Semasa

Posted: 14 Apr 2014 08:36 AM PDT

Scha Alyahya Tidak Mahu Mewahkan Anak
Dijolok dengan gelaran Victoria Malaysia kerana gaya dan pesona yang dibawa, Scha Alyahya kini melewati satu lagi fasa bahagia apabila disahkan mengandung. Hamil selepas tiga bulan membuang endometriosis (tisu dari selaput dalam rahim tumbuh di luar rahim), Scha mengakui terkejut dan memanjat rasa syukur kepada Tuhan. Kandungan pelakon berusia 31 tahun itu kini sudah mencecah enam bulan 24 minggu.

Masih belum tahu jantina bayi pelengkap bahagia, bukan niat Scha untuk tidak berkongsi mengenainya. "Saya sudah buat dua kali pemeriksaan tetapi masih tidak tahu jantina bayi. Sebabnya, doktor cakap posisi kandungan saya terlalu bawah," luahnya yang tidak kisah dikurniakan bayi lelaki atau perempuan. Disoal adakah dia mengalami sebarang komplikasi kerana kedudukan bayi di bawah, pemilik nama penuh Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya itu masih tidak tahu mengenainya dan akan menjalani pemeriksaan lanjut pada bulan depan. "Pada bulan depan, saya akan bertemu semula dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Saya kena tahu di manakah kedudukan plasenta saya. Ketika itu, baru saya tahu sama ada saya boleh beranak normal atau secara pembedahan," ungkapnya sedikit gusar dan berharap dia mampu bersalin secara normal.

Melihat pada gaya hidup Scha dan juga suaminya, Awal Ashaari yang sentiasa menitikberatkan penampilan diri, ada yang beranggapan anak mereka nanti akan melalui perkara yang serupa. Dimanja dan dimewahkan. Mengulas mengenai perkara itu, terus terang kata Scha, dia tidak akan memewahkan anak mereka. Sebaliknya, akan mengajar anaknya erti susah untuk mendapatkan duit.

"Saya nampak Awal yang akan manjakan anak nanti. Kalau boleh dia hendak beli macam-macam untuk anak kami. Masa pergi London tempoh hari, dia ada beli barangan jenama Dior untuk bakal anak kami. Namun, saya tidak suka perkara sebegitu (manja dan mewahkan anak) diaplikasikan pada anak saya. Cara saya dibesarkan dalam keluarga hendak apa kena kerja dan usahakan sendiri. Perkara yang sama akan saya lakukan pada anak nanti. Ramai kawan saya pesan dan mak dia juga pesan, kalau boleh jangan ajar anak hidup mewah dari kecil. Saya cakap dekat dia cukup setakat itu sahaja. Saya tahu susah payah saya dulu untuk mendapatkan duit. Saya juga tahu susah payah dia mencari duit. Jadi kenapa hendak mewahkan anak dari kecil," luahnya yang tidak kisah jika Awal ingin menggayakan anaknya tetapi tidak pada barang-barang berjenama.

Belum membuat sebarang persediaan untuk si kecil nanti, ujar Scha, dia sekadar membeli stroller (kereta sorong bayi) dan juga pam susu. Warna stroller yang dibeli juga berwarna hitam kerana masih tidak tahu mengenai jantina bayinya. Seperti pasangan lain, Scha turut berbincang mengenai jantina bayi bersama suaminya. Biarpun, dia tidak kisah akan jantina bayinya tetapi Scha tahu Awal menginginkan anak lelaki. Kata Scha, Awal ada memberitahunya, jika anak pertamanya lelaki dia boleh menjaga adik-adiknya nanti.

Suka pada nama-nama klasik untuk diletakkan pada anaknya nanti, Scha turut berbincang bersama Awal mengenai nama anak mereka nanti. "Saya suka nama-nama klasik seperti Amina dan Naima. Kalau lelaki Ibrahim atau Muzzafar. Kami ada berbincang mengenai perkara ini dan sepakat untuk meletakkan satu nama moden dan satu lagi nama klasik pada anak kami nanti," ujarnya.

Terbuka membicarakan soal anak ketika ini, Scha mengakui pada mulanya agak keberatan untuk mendedahkan tentang kandungannya kerana ingin mengikut pesan orang-orang tua. "Kalau tengok di Instagram, saya sedikit tertutup dan tidak mendedahkan berapa minggu kandungan saya tetapi Awal saya biarkan sahaja dia buat begitu (muat naik mengenai kandungan Scha Alyahya). Benda itu tidak salah, jadi saya tidak halang dia buat.

"Memang ada sesetengah orang pesan jangan tonjol dan bersikap terbuka sangat mengenai kandungan. Jangan letak gambar dan sebagainya. Bila orang cakap macam itu saya terfikir juga tetapi bila fikir balik, tiada apa salahnya. Kami sudah kongsikan mengenai percintaan, kemudiannya perkahwinan. Jadi, tidak salah kongsikan mengenai kehadiran orang baharu dalam hidup kami pula," jawabnya jujur. -Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan