Erra Fazira - Google Blog Search |
51398 Engku Emran Berusaha Untuk Kembali Bersama <b>Erra Fazira</b>? Posted: 12 Apr 2014 09:07 PM PDT Dua tiga hari ini kami perhatikan akaun Instagram bekas suami kepada Erra Fazira iaitu Engku Emran, nampaknya beliau seakan akan dalam usaha untuk memulihkan kembali hubungan yang sudah terlerai. Masihkah ada harapan? Sejak bercerai, Erra Fazira tetap berhubungan baik dengan bekas suaminya, Engku Emran. Dan masing-masing menjalankan tanggungjawab yang baik buat satu-satunya permata hati mereka, Engku Aleesya. Ya, mereka tidak lagi sebagai suami isteri tetapi mereka tetap ibu dan ayah kepada Aleesya. Itu hakikat yang tidak berubah. Heh. Antara yang mencuri tumpuan ramai apabila tersebarnya beberapa gambar di internet menunjukkan Erra dan Engku Emran sama-sama meraikan hari ulangtaun kelahiran Aleesya yang ke-5, pada 31 Mac lalu. Dengarnya, sepanjang majlis penuh meriah si kecil nan cantik itu, suasana turut dimeriakan lagi dengan putaran lagu-lagut hits ibunya. Ahh… so sweet. Terbaru, kita semua barangkali bakal menyaksikan tiga beranak ini 'bersama semula' tetapi dalam satu percutian ke luar negara, tidak lama lagi. Beberapa jam lalu, Engku Emran menerusi laman sosial Instagram miliknya (@iamkumbre) telah memuat naik gambar sekitar kota New York di waktu malam. Apa yang menarik perhatian, kasyen pada gambar tersebut menyatakan, Sedang beliau mendengar lagu Empire State of Mind (nyanyian Jay Z dan Alicia Keys) di dalam kereta pagi tadi, dalam pada itu beliau sempat berbual dengan puteri kesayangannya. Kata Emran, beliau memberitau Aleesya yang mahu membawanya bercuti ke kota Metropolitan New York, Amerika Syarikat sebelum anaknya itu melangkah ke tadika September ini. Kemudian Aleesya bertanya, "Macam mana dengan ibu, ayah?". Engku Emran membalas, Ya, dia boleh ikut sama. Apa kata Aleesya tanya sendiri pada ibu, kalau-kalau dia nak ikut kita, ya…". Wah! Kami gembira mendengar berita ini. Malah melalui entry itu ramai pengikut IG Engku Emran memberikan komen positif yang kami kira ianya doa – peminat-peminat mahu Erra dan Engku sentiasa mengembirakan hati Aleesya. Dan kami pasti, jika Erra punya kelapangan masa untuk mengikuti sama percutian bekas suami & anaknya itu, tentunya Aleesya lebih-lebih gembira! So, Aleesya… tugas awak sekarang tolong ayah, pujuk ibu awak ikut sama ya. Heh. Engku Emran juga nampaknya telah pun mencetak t-shirt untuk digayakan Engku Aleesya dengan hashtag #prayformomandayah. Hmm. |
You are subscribed to email updates from Erra Fazira - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan