Nubhan - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Nubhan</b> Komen Tentang Siti Nordiana Masih <b>...</b> Posted: 13 Apr 2014 10:47 PM PDT Umum mengetahui mengenai gosip yang pernah mengaitkan penyanyi Nubhan dan Siti Nordiana sebelum ini kononnya mereka bercinta. Ketika menghadiri Mini Showcase 'Your Truly' Nubhan di Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) pada Sabtu lalu, penyanyi lagu 'Oh Juwitaku' ini telah menyanyikan lagu duet 'Cinta Kasih' bersama Nana di mana lagu tersebut merupakan nyanyian asal Nubhan dan Mila Jirin. Ditemui usai persembahan, pemilik nama Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad ini memberitahu dia terpaksa mencari pengganti Mila dalam masa yang agak singkat dan tidak kisah dengan persepsi masyarakat terhadap hubungannya dengan Nana. "Nana merupakan seorang sahabat yang sangat rapat dengan saya dan saya menganggap dia seperti kakak saya sendiri. Kami selalu keluar bersama dan berkongsi dalam segala perkara. Saya tak kisah apa orang nak cakap mengenai perhubungan kami kerana kami tahu apa yang kami lakukan. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini saya masih lagi mencari cinta," ujar Nubhan kepada GUA. Berkongsi mengenai Mini Showcase 'Your Truly' Nubhan, anak jati Negeri Sembilan ini memberitahu ia merupakan 'mini showcase' pertamanya secara solo. Persembahan tersebut merupakan anjuran Nubhan Management & Trading dengan kerjasama Nubhan Fan Club dan Nova Music. "Persembahan ini diadakan sebagai tanda penghargaan buat semua peminat serta pihak media yang masih setia menyokong saya sehingga kini. Selain itu, acara ini turut diadakan bagi melancarkan single terbaru saya dengan Nova Music berjudul, 'Kisah Kasih'. Lagu ciptaan Ajai dan lirik ditulis oleh Ad Samad ini bakal diselitkan dalam album terbaru saya, 'Romantika' yang bakal dipasarkan kemungkinan pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan. Album ini akan memuatkan lima buah lagu termasuk lagu duet saya dengan Mila, 'Cinta Kasih'. Kami juga mempunyai satu lagi lagu duet iaitu 'Hampir Jauh' yang turut akan dimuatkan dalam album ini," tutur Nubhan lagi. Berkongsi mengenai single terbarunya, 'Kisah Kasih', Nubhan memberitahu ia bukan sekuel lagu 'Cinta Kasih' kerana jalan cerita kedua-dua lagu ini adalah berbeza. Jika 'Cinta Kasih' mengenai kisah cinta yang terhalang, 'Kisah Kasih' pula mengenai percintaan yang telah berakhir, namun masih ada cinta dan mempunyai harapan. Ketika ditemui, Nubhan turut mengakui selesa dengan lagu berentak balada dan tidak mempunyai masalah menghayati lagu cinta dan sedih kerana mengambil pengalaman kisah cintanya yang lepas untuk mengekspresikan perasaan sedihnya dalam lagu. "Setiap orang mempunyai pengalaman bercinta dan putus cinta, begitu juga dengan saya yang sudah empat kali putus cinta. Jadi, saya ambil pengalaman dan kenangan cinta saya untuk diletakkan dalam lagu. Secara peribadi, saya selesa dan lebih suka bawa lagu perlahan, jiwang, sedih mahupun romantik. Bagi saya, jika kita hanya menyanyi kosong saja, 'feel' lagu itu tidak akan sampai jadi saya menggunakan imaginasi saya dan letak perasaan saya bagi menghidupkan lagi penceritaan lagu-lagu saya," ujarnya mengakhiri perbualan. Ketika Mini Showcase 'Your Truly', Nubhan menyanyikan lapan buah lagu antaranya 'Ada Untukmu', 'Someone Like You', 'Pencuri' serta lagu terbarunya, 'Kisah Kasih', yang diperdengarkan secara eksklusif buat pertama kali kepada 100 peminat yang hadir. |
You are subscribed to email updates from Nubhan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan