Nuffnang

Khamis, 1 Mei 2014

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


Sofia, <b>Aqasha</b> terharu diiktiraf | Berita Malaysia

Posted: 29 Apr 2014 02:55 AM PDT

Satu permulaan yang bagus buat pelakon Aqasha apabila pertama kali membabitkan diri dalam bidang teater sudah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik menerusi Teater Kompilasi Nam Ron sempena Anugerah Seni Boh Cameronian ke-11 yang diadakan di Stadium Negara, malam Ahad lalu.

Aqasha yang pada mulanya terkejut apabila namanya tercalon juga tidak menduga bakal menewaskan calon lain yang boleh dikatakan sudah lama berkecimpung dalam bidang teater.

"Saya memang tidak sangka menang. Pertama kali terbabit dalam teater terus diberi penghormatan seperti ini. Kemenangan ini adalah motivasi untuk saya memperbaiki mutu lakonan baik di pentas drama mahupun filem pada masa akan datang.

"Sebelum ini, saya pernah berlakon bersama Nam Ron dan tahu cara dia bekerja. Rasa diri sangat bertuah apabila diberi peluang terbabit dalam teater yang diarahkan seorang pelakon dan pengarah yang berkaliber sepertinya.

xpix gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.0gp8jMjxTl Sofia, Aqasha terharu diiktiraf

L RAMLEE, Melissa dan Fatimah Abu Bakar beraksi di pentas.

xpix gal2,qharianmetro.pagespeed.ic.aWzGu59g9E Sofia, Aqasha terharu diiktiraf

ANTARA artis yang memeriahkan malam kemuncak.


"Insya-Allah jika tiada halangan saya akan terbabit lagi dalam teater ini yang bakal dipentaskan sekali lagi namun rasa sedikit kecewa kerana tidak dapat terbabit sama untuk pementasan yang diadakan di Singapura tidak lama lagi berikutan bertindih dengan jadual kerja saya di sini," katanya yang sibuk menerbitkan filem berjudul Penculikan Amar Afendi.


Selain Teater Kompilasi Nam Ron, turut memena�ngi banyak pencalonan ialah Teater Juta Juta yang memenangi kategori Pengarah Terbaik dan Skrip Terbaik. Bertemakan Pop Yeh Yeh, maj�lis dikendalikan pengacara terkenal, Harith Iskandar dan Edwin Sumun itu dihadiri lebih 2,000 tetamu.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Datuk Norliza Rofli, Ketua Pe–ngarah Istana Budaya Datuk Mohamed Juhari Shaarani serta Presiden Kaki Seni Low Ngai Yuen.

Acara pada malam itu dihangatkan dengan kehadiran selebriti seperti Hans Isaac, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Nabila Huda serta persembahan daripada L Ramlee, Dina Nadzir, Fatimah Abu Bakar dan Melissa Saila.

Sementara itu, pemenang kategori Pelakon Terbaik, Datin Sofia Jane berkata, walaupun pernah memenangi anugerah dalam teater, anugerah kali ini lebih bermakna ini kerana dia berpeluang berlakon bersama pengarah dan penulis skrip cerita itu sendiri.

"Anugerah ini sa–ngat istimewa untuk saya. Ini kerana, pertama kalinya saya berpeluang berlakon projek teater bersama pengarah dan penulis skripnya.

"Pastinya ia lebih menarik kerana saya dapat lebih banyak berkomunikasi dalam memberikan yang terbaik terhadap watak saya seperti yang diinginkan pengarah.

"Saya berharap produksi kecil seperti ini yang mampu menghasilkan skrip menarik diberi lebih peluang dan pendedahan untuk mempamerkan karya mereka dengan bantuan daripada penonton untuk sama-sama datang menyaksikannya.

"Terutama pihak media, diharap mereka dapat memberikan lebih banyak publisiti terhadap orang ramai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29

Tiada ulasan:

Catat Ulasan