Nuffnang

Khamis, 1 Mei 2014

Zul Handyblack - Google Blog Search

Zul Handyblack - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Handyblack</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2014 07:39 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Handyblack</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Apr 2014 07:03 AM PDT


Seri hidup <b>Zul</b> &#39;<b>Handy Black</b>&#39; Suphiaan | MIG Online

Posted: 10 Oct 2011 04:32 AM PDT

Zul "Handy Black" Suphiaan bersama isteri tersayang, Fiza.

Kesempatan bertemu Nurzul Suphiaan ataupun lebih dikenali sebagai Zul 'Handy Black' Suphiaan sewaktu penggambaran filem Super Duper Lover memang MiG Online tak lepaskan, nak-nak hari tu Zul Suphiaan datang ke set bersama buah hati beliau. Sangat romantik dan lovely gitu MiG Online tengok mereka berdua. <3

Kepada peminat-peminat Zul Suphiaan yang masih taktau, Zul telahpun menamatkan zaman bujang beliau pada bulan Ogos lepas dalam majlis kecil-kecilan. Majlis diadakan dalam keadaan sederhana atas permintaan keluarga. Ok la tu bro, janji happy, kan? ;)

Tersipu-sipu abang Zul kita bila MiG Online tanya camner boleh kenal dengan isteri beliau. Kata Zul "Agak dramatik jugak sebenarnya macam mana Zul kenal isteri Zul ni. Zul suka lepak dengan kawan-kawan Zul dekat sebuah restoran dan kebetulan isteri Zul pun suka spend masa dengan kawan-kawan dia di kedai yang sama. Dalam setahun jugak la Zul perasan isteri Zul tapi segan nak tegur," Ahaha.. Kiut je dengar, tak sangka rockers macam Zul pun segan-segan. Dalam hati ada taman katanya. ;)

Namun awal bulan Mac tahun nie, Zul memberanikan diri untuk menegur Fiza, yang akhirnya hampir 6 bulan kemudian, jadi isteri Zul yang sah.. Amboi, dalam segan-segan tu laju jugak abang Zul ni… Hehe.

Zul - Lega selepas kahwin hidup lebih teratur dan terurus.

"Alhamdulillah lega sangat bila dah kahwin nie. Bukan saja dapat elak gosip, hidup Zul pun dah semakin terurus. Kalau dulu masa shooting je baru Zul makan," kata Zul tertawa.

Kalau dengar statement seterusnya mesti ramai yang terkejut termasuk MiG Online. Sebelum Zul berkenalan rapat dengan isterinya, beliau langsung tidak mengenali siapakah Zul Handy Black. Terkedu MiG Online yang kaki karok ni dengar. Hehe.

"Sebenarnya bila nak dekat sebulan rapat baru la Fiza kenal siapa Zul Suphiaan. Mula-mula ingat mat motor mana, bila Zul bagi DVD filem Mantra, terkejut tengok Zul rupanya artis. Tapi apapun Fiza bersyukur berkenalan dan menjadi isteri Zul. Walaupun nampak ganas, tapi Zul sangat charming,"

Walaupun dah hampir 3 bulan berkahwin, disebabkan jadual Zul yang padat, mereka masih belum lagi dapat berbulan madu tapi menurut Zul dan Fiza, mereka bercadang untuk berbulan madu di Sipadan. Haa, kerlass sokong Cuti-Cuti Malaysia. Harap kita-kitapun ikut langkah Zul Suphiaan, lagi seronok berbulan madu kat Malaysia aje, kan? ;)

Orait, apa-apapun MiG Online mendoakan kedua-kedua Zul Suphiaan dan Fiza berbahagia hingga hujung nyawa. :)

Manje je nampak Zul dengan isterinya. <3

Filem Keramat Tarikkan Simbol Sex <b>Zul Handy Black</b> dan Mon Ryanti

Posted: 19 Feb 2012 12:29 AM PST

Sipnosis : Hot action in the film refers to the half Nazmir Keramat (played by Zul) seduced by the brother-in-law Munirah (played by Mon Ryanti) in the bathroom.

Jom baca petikan dibawah:

Semalam baru tengok filem Keramat, jalan cerita filem nie okie lah, menarik gak, tetapi filem ini sekiranya tidak mendedahkan unsur unsur sex mahupun seksi, saya merasakan tarikkan untuk melihat filem ini mungkin berkurangan. Persoalannya mengapa sesebuah filem untuk laris dipasaran memerlukan simbol sex adakan ini salah satu cara untuk memancing penonton ker pawagam?
Jom baca petikan dibawah:

Semalam baru tengok filem Keramat, jalan cerita filem nie okie lah, menarik gak, tetapi filem ini sekiranya tidak mendedahkan unsur unsur sex mahupun seksi, saya merasakan tarikkan untuk melihat filem ini mungkin berkurangan. Persoalannya mengapa sesebuah filem untuk laris dipasaran memerlukan simbol sex adakan ini salah satu cara untuk memancing penonton ker pawagam?

KEBERANIANNYA tampil berbogel dalam filem Mantra setahun lalu mendapat kecaman hebat pelbagai pihak. Teruk dia dihentam tetapi tidak sedikitpun ia menjadi kudis buat empunya diri kerana dia yakin apa yang dipersembahkan itu atas dasar profesional.

Terbaru, menerusi filem Keramat yang menjengah pawagam seluruh negara Khamis lalu, Zul Suphian sekali lagi tampil 'daring' dalam adegan bilik air apabila digoda adik ipar, lakonan Mon Ryanti. Biarpun masih memakai tuala pada badannya, keberanian Zul melakonkan adegan sebegini berpotensi mencetuskan kontroversi sekali lagi. Babak itu memaparkan Nazmir (Zul) yang baru selesai mandi, digoda adik iparnya yang dirasuk roh Mustika yang hidup 100 tahun lalu.

Ketika menggoda, wajah Munirah acap kali bertukar rupa Mustika (Diana Amir). Ketika dihubungi, Zul tidak menafikan babak itu agak 'berani' tetapi tidaklah sepanas Mantra di mana ada babak Zul tanpa seurat benang di tubuhnya. Andai ia menjadi kontroversi, bekas vokalis kumpulan Handy Black ini bersedia kerana pernah berdepan senario serupa sewaktu Mantera ditayangkan. "Saya pun memilih, bukan main buat saja tanpa sebab. Saya akan bersetuju dengan permintaan pengarah dan memenuhi kehendak skrip apabila babak itu logik untuk diwujudkan.

Babak goda dalam bilik air memang logik untuk filem ini. "Ketika baca skrip, saya ada berbincang dengan pengarah bagaimana mahu gambarkan perasaan Mustika yang menagih kasih Habib yang hidup sezaman dengannya. Mustika mahu menggoda Nazmir kerana muka Nazmir seiras dengan Habib.

"Sebagai pelakon, saya lihat babak ini sebagai cabaran dan melakukannya atas dasar logik dan profesional. Jika tidak logik, apa hal pula saya nak tayang badan atau buat babak panas? Seperti saya katakan tadi, ini semua bersebab. Kalau suka-suka, itu sengaja mencari publisiti murahan namanya dan saya bukan begitu," katanya. -

petikan dari Harian Metro

dah baca kasi komen di bawah tu kemudian letak website anda, so dah buat backlink dengan blog isu-hangat.blogspot.com PR2 :) apa lagi jom komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan