Nuffnang

Khamis, 29 Mei 2014

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


Penjelasan Norman <b>KRU</b> Isu Wings Lapor Polis Kerana Lagu <b>...</b>

Posted: 25 May 2014 07:21 PM PDT

PRESIDEN Eksekutif Kumpulan KRU, Norman Abd. Halim tidak berada di Malaysia ketika Wings melancarkan album mereka yang telah dicetak rompak, Isnin lalu.

Sewaktu majlis pelancaran album berkenaan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, Wings turut membuat pengakuan bahawa tiga buah lagu baharu mereka, Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan sebuah lagu untuk runut bunyi sebuah filem, Hei Lihat Sini telah dicetak rompak.

Penjelasan Norman KRU Isu Wings Lapor Polis Kerana Lagu Dicetak Rompak

Penjelasan Norman KRU Isu Wings Lapor Polis Kerana Lagu Dicetak Rompak

Memandangkan album itu diterbitkan oleh KRU Music, Wings menuntut satu penjelasan lanjut daripada pucuk pimpinan KRU sendiri.

Sekembalinya daripada menyertai Festival Filem Antarabangsa Cannes, di Perancis, Norman yang juga Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Kru Music terus ke Singapura atas satu urusan rasmi melibatkan acara muzik.

Sedar isu cetak rompak melibatkan album terbaharu Wings itu menyebabkan namanya bahkan syarikat rakaman KRU Music berdepan kepanasan sepanjang minggu, Norman membuat satu kenyataan media.

"Saya banyak dengar aduan dan baca blog, semuanya seolah-olah menyalahkan pihak KRU, saya berasa amat sedih bagi pihak Wings juga kerana mereka telah menunggu lama untuk album itu berada di pasaran.

"Perkara itu berlaku kerana KRU mengambil dua pendekatan digital dan fizikal untuk mempromosi album berkenaan. Selain tiga buah lagu yang difikirkan mempunyai kekuatan istimewa, kami juga memasukkan sebuah lagu lagi iaitu Hei Lihat Sini bagi promosi filem Dendam Orang Mati kerana asalnya filem itu akan ditayangkan April tetapi ditunda pula ke Oktober.

"Apabila lagu-lagu dipromosikan secara berperingkat-peringkat di platform digital, dari situlah berlaku cetak rompak," kata Norman menerusi video yang dimuat naik ke dalam laman YouTube KRU Music itu.

Tidak cukup dengan rungutan yang diterima sehingga ada sebuah portal hiburan menyenaraikan tujuh sebab kenapa Wings bengang terhadap KRU, syarikat muzik itu juga berdepan satu lagi tekanan. Wings telah membuat satu laporan polis berikutan insiden cetak rompak itu.

"Buat masa ini kami memerlukan tarikh-tarikh seperti bila KRU menerima master album itu daripada Joe Wings, bila lagu-lagu itu dimuat naik ke iTunes, YouTube, Spotify, atau mana-mana laman web yang berlesen dan bila lagu itu dihantar ke radio.

"Maklumat itu penting agar kami dapat memasukkan semua butiran ke dalam satu laporan polis yang lengkap. Kami bercadang untuk membuat laporan polis pada Isnin nanti (esok). Saya berharap pihak berkuasa akan menyiasat perkara ini," tegas Norman yang memberi kenyataan secara video kepada pihak media.

Menerusi video berdurasi 4 minit 55 saat itu juga, Norman turut menjelaskan, pihaknya sudah maklum mengenai cetak rompak yang berlaku.

"Dalam platform digital, saya sendiri tidak tahu dari mana pihak yang tidak bertanggungjawab itu mendapatkan lagu yang dicetak rompak, sama ada daripada iTunes, YouTube atau Spotify. KRU sendiri sudah membuat laporan kepada Persatuan Syarikat Rakaman Malaysia (RIM).

"Lazimnya cetak rompak dalam bentuk fizikal berlaku sebelum album dipasarkan.

"Isunya sekarang bukan bagaimana lagu-lagu itu diperoleh dan dicetak rompak, isunya ialah siapa yang ambil lagu-lagu itu untuk dimasukkan dalam bentuk fizikal dan menjualnya di pasaran. Itu persoalannya.

"Sama juga dengan orang yang memuat turun lagu-lagu berkenaan daripada laman berlesen seperti iTunes atau Sportify dan memuat naik ke laman web yang lain. Itu juga satu kesalahan," jelas Norman telah melaburkan lebih RM200,000 untuk penghasilan album studio ke-17 Wings itu.


Sumber : Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan