Nuffnang

Khamis, 29 Disember 2011

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> lepas geram di Kota Singa | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>

Posted: 15 Oct 2011 02:10 AM PDT

HARI ini orang Asia tidak perlu berbelanja besar untuk pergi ke taman tema permainan dan perfileman Universal Studios di Hollywood, California.

Sebabnya, taman tema berkenaan seumpamanya kini siap dibangunkan di Singapura oleh Resorts World Sentosa dengan nama Universal Studios Singapore (USS).

Mengambil konsep yang sama seperti mana di Hollywood, keseronokan di USS lebih kurang sama seperti mana di Hollywood walaupun masih belum dapat menandingi dari segi populariti dan bilangan pengunjung.

Lalu semakin ramailah peminat taman tema dari negara ini termasuk golongan selebriti pergi bersantai dengan keluarga mahupun rakan-rakan di USS sejak ia mula dibuka tahun lalu.

Asasnya, taman tema itu dibahagikan kepada beberapa segmen menarik iaitu Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City, New York dan Hollywood.

Salah seorang artis yang tidak ketinggalan berkunjung ke USS, baru-baru ini adalah penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati, Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan.

Kunjungan Alyah ke USS adalah sebahagian daripada agenda promosi albumnya ke Singapura atas tajaan produk kecantikan dan kesihatan ternama, Jamu Mak Dara.

Bukan keseorangan, Alyah ke sana ditemani artis barunya, Pam dari kumpulan Chocolate, pembantu peribadinya, Hanif Ahmad serta jurusolek artis terkenal, Bosco Ryzal.

Turut meluangkan masa dalam rombongan itu Pengarah Urusan Jamu Mak Dara sendiri, SM Gadaffi Syed Ali (Abib), pembantu peribadinya, Firdaus Haikal selain wakil Harian Metro dan majalah hiburan Hai.

Bagi Alyah sendiri, kunjungan ke USS adalah saat yang dinantikan sekian lama kerana dia ingin berehat dan bersantai selepas tidak habis-habis sibuk dengan karier.

Malah, dua hari sebelumnya, Alyah baru bergegas pulang ke Kuala Lumpur selepas menghiburkan peminat dalam Konsert Gegaria Harian Metro 2011 yang berlangsung di Dataran Ipoh, Perak.

"Seronoknya dapat ke USS dengan kawan-kawan rapat yang gila-gila. Alyah rasa macam balik sekejap ke zaman remaja sebab apa yang Alyah buat di USS adalah benda yang selalunya gadis-gadis remaja buat.

"Masa inilah Alyah boleh menjerit sekuat hati sebab seronok melayan macam-macam permainan yang ada di sini. Ada yang lucu dan ada yang seram," katanya yang dulu suka ke 'funfair'.

Ujar Alyah, dia sangat terhibur menonton persembahan tarian etnik pop oleh pelbagai karakter filem Madagascar serta tayangan filem animasi 4-D tercanggih, Shrek.

"Filem Shrek 4-D sangat menakjubkan kerana lebih hebat daripada 3-D. Kalau karakter dalam filem itu bersin, kita juga akan basah terkena tempiasnya! Begitu juga kalau ada hembusan angin, kita akan dapat merasai kesannya," cerita Alyah.

Namun Alyah akui belum cukup berani untuk mencuba roller coaster Battlestar Galactica: Cylon & Human yang menjadi 'trademark' USS kerana tidak cukup tidur.

"Memang gerun kerana landasannya sangat curam dan bergulung-gulung. Mungkin kalau sekali lagi ke sana, Alyah akan cuba naik," ujarnya yang banyak juga membeli-belah terutama kasut dan beg tangan.

Dalam cuaca terik, Alyah dan rakan-rakan yang lain tidak semena-mana basah kuyup apabila mereka terkena simbahan air yang banyak ketika menonton persembahan lagak ngeri Waterworld.

Pertunjukan itu adalah lakonan semula daripada babak filem Waterworld lakonan Kevin Costner, Jeanne Tripplehorn dan Dennis Hopper.

Semua penonton nyata terpegun dengan kehebatan pelakon terbabit dalam mengendalikan pelbagai props seperti bot laju, jet ski dan bahan letupan.

Sambil berjalan-jalan di sekitar set binaan Hollywood, masing-masing sempat bergambar dengan ikon filem seperti Marilyn Monroe, Frankenstein, Charlie Chaplin dan banyak lagi.

Ada juga peminat mengenali Alyah dan sempat mengambil peluang untuk bergambar.

Sementara itu, ketika di Singapura juga, Alyah terbabit dengan beberapa agenda yang sudah disusun pihak promoter. Antaranya, Alyah dibawa ke konti radio popular Singapura, Ria 89.7FM untuk siaran 'live' bersama penyampai Fiza O yang wajahnya iras Ziana Zain dan DJ Nity Baizura. Dia turut diwawancara DJ TG dari Warna 94.2FM yang petah.

Dalam seronok bertemu penyampai radio di MediaCorp Pte Ltd, Alyah juga dibawa melawat rumah kebajikan Muhammadiyah Health & Care Centre.

Perasaan Alyah tersentuh melihat mereka yang berada di situ dan paling menggembirakan, ada seorang penghuni kenal betul dengan wajahnya kerana katanya selalu menonton TV.

Di samping itu, Alyah turut terbabit dengan wawancara dengan majalah popular Singapura, Manja dan Berita Harian Singapura.

Apa yang menarik, ketika berjumpa penyampai radio dan wartawan di sana, semuanya tidak lepas bertanya mengenai gosipnya dengan Datuk Ramli MS. Seperti biasa, Alyah memberikan jawapan selamat.

Pada hari terakhir, Alyah dan anak didiknya, Pam tidak ketinggalan membuat persembahan 'live' di Orchard Central. Nyata mereka terpegun dengan kemampuan
vokal Alyah itu.

Kesimpulannya, promosi jelajah dan santai Alyah ke Singapura tempoh hari meninggalkan banyak memori manis sambil dia mengeratkan lagi kerjasamanya dengan Jamu Mak Dara yang sedang dalam misi meluaskan pengaruhnya di peringkat Nusantara.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan