Shaheizy Sam - Google Blog Search |
GUA - BERITA ARTIS - <b>Shaheizy Sam</b> Mahu Bawa Peminatnya Ke <b>...</b> Posted: 07 Dec 2011 05:20 AM PST Menyaksikan mutu persembahan lakonannya dalam filem terbaru terbitan Grand Brilliance dengan kerjasama Red Films, Songlap cukup mengagumkan. Pelakon Shaheizy Sam berjaya melarikan dirinya dari stereotaip pelakon watak komedi yang kini membuktikan dia seorang pelakon versatil yang mampu menambat emosi penonton dalam sebuah filem bergenre drama. Menerusi filem arahan gandingan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak, Sam yang memegang peranan sebagai Am bersama adiknya, Am lakonan Syafie Naswip terjerumus dalam sindiket penjualan bayi. Perbezaan arah tuju hidup kedua beradik ini menyebabkan konflik tercetus yang akhirnya memakan diri mereka. Menyifatkan pengalaman bekerja di bawah arahan pengarah suami isteri yang pernah mengarahkan filem Kami The Movie itu sebagai satu pengalaman yang berbeza buatnya. "Lain pengarah lain gaya penceritaannya. Bila Sam berkerja dengan pengarah yang berbeza dan persekitaran yang baru pastinya ia akan memberikan Sam satu pengalaman yang baru. Setiap pergerakan Sam dijaga oleh jurulatih lakonan untuk membantu Sam mendapatkan apa yang dimahukan oleh pengarah. Dari hujung kaki hingga ke hujung rambut semuanya dimonitor oleh mereka." ulas pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFM24 baru-baru ini. Tambah Sam lagi, persekitaran yang baru itu telah memberikan tekanan kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang cukup berbeza berbanding sebelum ini. "Setiap adegan ada cabarannya. Sam harus membawakan imaginasi Sam untuk merealisasikan realiti yang dimahukan dalam filem ini. Lebih-lebih lagi bila Sam berada di persekitaran yang baru dengan pengarah berpengalaman yang ada. Ia menjadikan setiap adegan menjadi agak sukar untuk dilakukan untuk mendapatkan apa yang dimahukan oleh pengarah tersebut." Tidak terdedah kepada isu pemedagangan manusia sebelum ini, Sam akui isu tersebut sangat menarik apabila divisualkan oleh pengarah dan tenaga kerja produksi filem tersebut. "Songlap sangat berbeza kerana ia membawa Sam ke dunia ini bagi memahami masalah global yang berlaku bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Sam percaya, penonton perlu dibawa menerokai ke dalam isu sebegini." Melihatkan kesungguhan pelakon tersebut untuk lari dari stereotaip, GUA fikirkan satu jalan untuk bebas adalah keluar dari kepompong normal dan berani untuk memilih jalan sendiri. Pandangan tersebut disanggah Sam dengan alasan saiz industri perfileman tempatan masih berskala kecil. "Jika Sam terlalu memilih, Sam tak makan. Scene kita ini terlalu kecil. Pusing-pusing pun orang yang sama juga. Saya perlu melakukannya untuk meneruskan kehidupan. "Saya mungkin rasa sesebuah naskhah itu sebagai pilihan yang terbaik pada masa tersebut tetapi apabila ia divisualkan hasilnya belum tentu terbaik. Susah untuk kita tahu apa hasilnya sebelum kita memulakan sesuatu kerja. Berlakon ini seperti sebuah game. Ia satu perjudian. Hasilnya tidak menentu. "Untuk menjadi pemilih atau tidak, ia hanya akan berlaku apabila scene kita sudah cukup selesa. Ia tidak akan berlaku sekarang." jelas Sam lagi. Pemenang trofi Bintang Paling Popular 2010 itu turut berharap peminatnya akan datang menyaksikan kelainan yang dipersembahkan olehnya dalam filem tersebut. "Saya ialah seorang pelakon dan tanggungjawab sebagai pelakon harus membawa penonton ke dunia-dunia yang berbeza. Sam tidak pernah dapat pergi ke dunia sebegini sebelum ini, penonton kena berani untuk merasai perbezaan tersebut. Jangan terlalu selesa dengan apa yang selalu kita tonton." Tambahnya lagi, "Mungkin ada penonton yang telah bosan dengan gaya lakonan Sam sebelum ini dan inilah masanya untuk mereka tonton sesuatu yang lain dari Sam. Mereka akan dapat tengok Shaheizy Sam tetapi bukan yang biasa mereka tengok. Shaheizy Sam akan bawa mereka ke dunia yang cukup berbeza berbanding dunia yang biasa dia bawa sebelum ini." ujar Sam mengakhiri bicara. Turut membintangi filem ini ialah Sara Ali, Omar Abdullah, Norman Damanhuri, Hasnul Rahmat, Fared Ayam, Rozie Rashid dan ramai lagi. Menelan belanja sebanyak RM1.5juta, filem Songlap akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia pada 15 Disember depan. Berita Berkaitan: Songlap Selamatkan Sam Dari Terus Hanyut "Songlap Akan Buka Mata Peminat" - Sara Ali Shaheizy Sam Mahu Bawa Peminatnya Ke "Dunia" Berbeza "Ada Persamaan Dengan Arwah Yasmin Ahmad" - Syafie Naswip Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Shaheizy Sam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan