Nuffnang

Khamis, 29 Disember 2011

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


<b>Izreen Azminda</b> – Jodoh Saya Sudah Sampai | Beautiful Nara

Posted: 22 Dec 2011 05:29 PM PST

Baru-baru ini Izreen Azminda terpalit dengan kontroversi hubungannya dengan Johan As'ari, sehingga mendapat liputan meluas pihak media. Mengakui yang kini mereka berdua membawa haluan masing-masing, Izreen melalui portal media GUA telah mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Alhamdulillah, jodoh saya dah sampai. Dia melamar saya pada bulan November dan terus datang merisik pada 10 Disember lalu. InsyaAllah, 1 Januari depan kami akan bertunang di kampung saya di Alor Setar, Kedah.,"

Eh eh, siapa pula bakal suami Izreen tu?

Secara jujur saya kenal dia ketika penggambaran drama 'Tentang Dhia'. Bakal tunang saya ialah Mohammad Riza Baharuddin dan beliau merupakan seorang jurukamera. Saya kenal dia dalam bulan Ogos dan kami hanya betul-betul rapat pada penghujung bulan September.

Izreen juga menampilkan lakonan yang baik dalam drama Tentang Dhia. Dia menambah:-

Saya terima lamaran dia sebab dia nampak begitu ikhlas menerima saya. Jarang sekarang ada lelaki yang baru kawan terus nak ajak kahwin. Bagi saya, Riza memiliki sifat yang sangat kontra dengan saya. Dia seorang yang 'soft spoken' dan memiliki sifat seorang bapa. Sepanjang tempoh perkenalan kami, Alhamdulillah saya rasa dia yang terbaik buat masa ini.

Izreen turut mengakui akan status bakal suaminya itu yang merupakan seorang duda:-

Saya tak ada masalah untuk berkahwin dengan duda kerana yang penting saya tak ambil lelaki orang. Keluarga saya juga tidak mempunyai masalah tentang perkara ini. Bagi saya, dia pandai jaga saya dan seorang yang bertanggungjawab, itu sudah memadai.

Dia mempunyai seorang anak berusia setahun dan saya sendiri sudahpun berjumpa dengan anaknya itu. Saya sudah bersedia untuk mengambil pakej sebagai seorang isteri dan juga ibu. Lagipun jodoh saya sudah sampai, jadi saya terima dia dengan seadanya.

Kalau dah suka sama suka dan tiada pula halangan, apa salahnya kan? Diharap Izreen akan beroleh kebahagiaan abadi bersama bakal suaminya itu nanti. Perkara lepas, biarkan berlalu.

Yang Ini Pun Best Jugak:-

Full content generated by Get Full RSS.

Gossip: Bakal Tunang <b>Izreen Azminda</b> Lelaki Bermasalah, Pernah <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2011 11:46 AM PST

Kisah yang kami terima melalui e-mail dari seorang individu dengan gelaran MJ ini boleh kita anggap sebagai gossip semata.

Kebenaran hanya tuan badan dan mereka yang benar benar rapat sahaja yang tahu. Panjang lebar MJ terangkan perihal Mohammad Riza Baharuddin (Riza).

Kepada anda yang tidak tahu lagi, Riza merupakan bakal tunang kepada bintang drama Juvana dan Tentang Dhia, Izreen Azminda yang mencetuskan beberapa isu tidak sedap di'dengar.

Antaranya adalah satu dakwaan dari seorang pengurus produksi bernama Rafeda yang mengatakan Riza merupakan tunangan beliau & Izreen Azminda merupakan perampas lelaki itu dari hidup beliau sebelum ini.

Izreen Azminda lantas menafikan tetapi mungkin perkhabaran melalui e-mail MJ ini boleh membuatkan aktress muda ini berfikir dua kali.

Riza di'katakan sebelum ini pernah berkahwin dengan Julia Daud yang juga merupakan bekas isteri Badrul Muhayat tetapi wanita itu di'tinggalkan sendiri ketika sedang sarat mengandung anak pertama mereka.

Tinggal untuk siapa? Ya, Rafeda yang mendakwa kekasih dan tunang kepada Riza dan e-mail ini turut mendakwa yang Riza pernah bercuti keluar negara bersama Rafeda — dan masih menyimpan segala gambar & video.

Rafeda turut di'dakwa pernah mengandung anak luar nikah bersama Riza dan lelaki ini mengambil keputusan untuk gugurkan kandungan Rafeda kerana ketika itu Riza masih bergelar suami kepada Julia Daud.

MJ menerusi e-mail yang sama juga merayu Izreen Azminda untuk bersemuka dengan Rafeda & juga Julia Daud untuk mendapatkan kepastian kisah yang beliau sampaikan ini. Hmmmm.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan