ramlah ram - Google Blog Search |
<b>Ramlah Ram</b> Nafi Bercinta Dengan Pengurus Sendiri Posted: 28 Dec 2011 07:40 PM PST berita | Tempatan
Teks Oleh: zyzamani KUALA LUMPUR, 29 DISEMBER 2011: erkilan dengan gosip yang mengatakan dirinya sedang dilamun cinta dengan pengurus sendiri yang jauh lebih muda daripada usianya, penyanyi Ramlah Ram menganggap khabar angin tersebut sesuatu yang amat memalukan dirinya. Menganggap penyebar gosip tersebut mempunyai agenda tersendiri untuk menjatuhkan dirinya, Ramlah Ram berharap, perkara berkenaan segera dihentikan. "Saya amat terkilan apabila gosip dan cerita mengenai saya bercinta dengan Hafiz (pengurus) disiarkan di media cetak . Saya malu dengan kisah sebegitu dan saya terkilan apabila cerita tersebut ditulis dan disiarkan tanpa bertanya kepada saya. "Jujur diusia begini saya tidak pernah memikirkan tentang cinta sebagai keutamaan namun gosip bercinta dengan orang muda tersebut diluar pemikiran saya sendiri," katanya dalam nada penuh kesal mengulas mengenai gosip tersebut yang mula bertebaran. Mengakui mengetahui dalang yang menyebarkan fitnah berkenaan, kata pelantun lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu ini, dia tidak teragak-agak akan mengambil tindakan terhadap individu tersebut. "Saya tahu siapa yang menyebarkan cerita berkenaan dan berharap dia berhenti daripada terus mengeluarkan cerita. Kerana kalau hilang kesabaran saya mungkin akan ambil tindakan terhadapnya. "Jadi kalau boleh hentikan cerita-cerita yang tidak benar ini," ucapnya. Menjelaskan lebih lanjut, Hafiz merupakan pembantu peribadi yang juga mempunyai hubungan persaudaraan bersamanya. Telah pun dua tahun menjadi pembantu peribadinya, Ramlah Ram memberitahu enggan gosip sedemikian merosakkan hubungan pekerjaan antara mereka berdua. "Dia sudah bekerja dengan saya sejak dua tahun lepas. Apabila tamat belajar di kolej kebetulan dia juga tidak bekerja dan menolong saya secara sambilan. Melihatkan dia boleh membuat kerja dan berminat untuk bekerja dalam bidang seni ini juga, saya rasa apa salahnya mengambil dia bekerja lagipun memudahkan saya untuk ke sana ke mari apabila terlibat dengan persembahan. "Selepas keluar gosip sebegini saya tidak suka kerana, boleh membuatkan kami tidak selesa dan dipandang serong oleh orang ramai pula nanti,"tuturnya mengharapkan pengertian semua pihak. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from ramlah ram - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan