awi rafael - Google Blog Search |
<b>Awi Rafael</b> Rindu Pelukan Ayah | Beliafun Blogging 2010 - 2011 Posted: 26 Dec 2011 03:35 AM PST AWI Rafael, 25, antara penyanyi baru yang berjaya menempa nama menerusi lagu siulan ramai ketika ini, Pulanglah. Awi atau nama sebenarnya, Muhammad Nabawi Gunawan juga seorang penulis lagu, pernah menyertai kumpulan Bhumiband yang terkenal di Singapura dan pernah memenangi trofi Best New Album, Best New Song di Anugerah Planet Muzik. Dilahirkan pada 23 Julai 1986 di Singapura, Awi kini merupakan graduan jurusan Undang-Undang dan Psikologi. Beliau kemudian merantau ke Australia menimba pengalaman. Kini Awi menjadi artis rakaman album Warner Music Malaysia. Ibunya berasal dari Pontian, Johor manakala bapanya dari Jakarta, Indonesia, kini bergerak secara solo. Album solonya memuatkan lima lagu hasil lirik dan lagu oleh Awi Rafael sendiri menampilkan lagu-lagu berentak pop rock dan balada. Selain lagu Pulanglah turut dimuatkan lagu Aku Bukan Bintang, Bukankah Aku, Bila Aku Jatuh Cinta dan Panas. "ANAK mana tak rindukan peluk dan cium seorang bapa. Saya akui sedih dan rasa terkilan kerana harapan menyambut Aidilfitri bersama ayah tidak kesampaian. Memang saya sangat-sangat merinduinya. Bagaimanapun saya tetap berdoa dan menaruh harapan agar bapa dapat pulang ke tanah air. Jika bukan sekarang tapi pada masa akan datang. Itulah doa saya, harap makbulkan suatu hari nanti. Ibu dan bapa saya bercerai 17 tahun lalu ketika saya berusia lapan tahun. Bapa membawa diri ke Indonesia dan bekerja di sana. Ini menyebabkan saya sukar bertemu dengannya. Saya dah lama tak berjumpa dengan bapa sebab kami sudah terpisah sejak dia berpindah dan bekerja di Indonesia. Dia pun sudah ada keluarga baru. Bagaimanapun, tahun ini saya akan pulang beraya dengan ibu di Pontian, Johor. Kalau bapa ada, saya ingin meraikan kejayaan saya sebagai artis bersamanya. Tetapi apakan daya. Saya cuma dapat pulang ke Singapura berjumpa dengan kakak di sana sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur. Saya hanya bercuti tiga hingga empat hari saja. Sekarang saya kembali sibuk dengan promosi lagu terbaru serta memenuhi jemputan sesi fotografi dan temu bual dengan pihak media. Dalam perkembangan lain, saya juga telah menjalani penggambaran muzik video lagu terbaru, Bila Aku Jatuh Cinta di Indonesia. Saya bersyukur kerana mendapat maklum balas positif daripada peminat di Indonesia tentang lagu Bila Aku Jatuh Cinta. Selain itu, kawan-kawan di Indonesia memberitahu mereka meminati lakonan Neelofa sebagai model dalam muzik video itu. Terima kasih atas sokongan peminat dan sentiasa menyokong kerjaya seni saya. Download lagu Awi Rafael Di - http://malayhitz.xtgem.com/Site/Mp3Site/Files_AB/A/awi Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from awi rafael - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan