Jue Aziz - Google Blog Search |
<b>Jue Aziz</b> Nafi Sakit Terkena Buatan Orang | OHBULAN! Posted: 27 Dec 2011 05:25 PM PST Nama pelakon cantik yang berusia 28 tahun ini terpalit sedikit kontroversi apabila dia didakwa tidak berdisiplin dan melanggar kontrak dalam menjayakan teater 'Se-Merah Padi'. Selain didakwa tidak memberi komitmen sepenuhnya, Zuliana Abd Aziz atau Jue Aziz juga dikatakan ditimpa sakit dek terkena buatan orang. Walaubagamanapun, Jue yang ditemui selepas persembahan teater 'Se-Merah Padi' di Istana Budaya, Isnin lalu menafikan dakwaan dirinya bermasalah dan sakit akibat terkena buatan orang sehingga membuatkan namanya hampir digugurkan daripada membintangi teater yang mula dipentaskan sejak 24 Disember lalu. Jue menyatakan kegagalannya hadir menjalani sesi latihan selama empat hari sebelum ini memang disebabkan masalah kesihatan dan dia telah pun memaklumkan kepada pihak produksi mengenai hal tersebut.Walaubagaimanapun, Jue tidak menafikan mungkin terdapat sedikit salah faham membuatkan dia dianggap tidak berdisiplin.
Jue juga turut kesal apabila segelintir pihak media terus-terus membuat spekulasi sendiri yang disifatkannya terlalu melulu. "Saya sendiri hairan dari manalah mereka (media) dapat sumber sehingga mengatakan saya tidak berdiplin, terkena buatan orang dan macam-macam lagi.
"Gara-gara tidak hadir sesi latihan beberapa hari sebab sakit, saya dikecam dan diberi pandangan negatif sedangkan saya memberi komitmen sepenuhnya terhadap teater ini. Dalam tempoh berehat itu, saya memang tidak melayan sebarang panggilan daripada sesiapa termasuklah media supaya mereka tidak mengganggu mood saya dengan soalan-soalan negatif mereka. Kalau tidak, tentunya tahap kesihatan saya tidak menentu dan ia akan membuatkan saya kurang fokus pada hari pementasan kelak," ujarnya lagi. Beberapa hari sebelum pementasan berlangsung, penerbit 'Se-Merah Padi', Keno atau nama sebenarnya Megat Mohd Noor Salleh Ghani membuat kenyataan bahawa dirinya kesal dengan sikap Jue yang kurang bertanggung jawab sehingga menyebabkan produksi tersebut terjejas selain dikatakan sudah serik bekerjasama dengan pelakon itu lagi. Gara-gara 'kehilangan' Jue juga juga, pihaknya telah mendapatkan khidmat pelakon pengganti iaitu Abby Nadzri yang merupakan adik kepada pengarah, Ahmad Idham. Walaubagaimanapun, pelakon filem 'Abuya' ini muncul dua hari sebelum pementasan untuk meneruskan latihan sekaligus menjadikan watak 'Dara' dibintangi oleh dua pelakon.
"Disebabkan sekarang ini kami mempunyai dua orang 'Dara', maka saya menggilir-gilirkan persembahan mereka apatah lagi, kesihatan Jue juga belum sembuh sepenuhnya," jelas pengarah 'Se-Merah Padi' yang sebelum ini turut mengarahkan teater 'Seri Mersing'. Diadaptasi dari karya filem klasik terbitan tahun 1956 arahan ikon dan lagenda , P. Ramlee, tetaer 'Se-Merah Padi' yang mulai dipentaskan seja 24 Disember lalu sehingga 31 Disember ini di Panggung Sari, Istana Budaya menampilkan lakonan mantap Khir Rahman, Fauzi Nawawi, Opie Zami, Zul Huzaimy, Fazlina Dato' Ahmad Daud serta ramai lagi. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Jue Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan