kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search |
TALKSHOW NISA' WP DAN PEMUDA PAS TITIWANGSA <b>...</b> Posted: 09 Jan 2012 08:57 AM PST
Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Surau Al Falah dan ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Mejar (B) Ustaz Abdullah Abdul Wahab, Yang Di Pertua PAS Kawasan Titiwangsa.
Saudara Adeep berjaya mencuri hati penonton dengan pengkisahan pengalaman beliau mengharungi kehidupan dan bagaimana beliau boleh berubah. Melalui Ustaz Said Mohamad Al Haddad, beliau mengenali Islam, dan mengenali dunia dakwah. Selama ini menurut beliau, hidupnya seakan kosong tanpa makna sehinggalah akhirnya Allah mencampakkan hidayah kepada beliau. Ustazah Teh Izanuri pula menarik perhatian penonton dengan realiti kehidupan yang tiada makna tanpa Islam. Hakikatnya ramai yang tersesat dalam mencari kehidupan sebenar sekiranya mereka gagal mengenali Islam dan Islam adalah jalan penyelamat manusia. Ramai manusia terjerumus dengan cinta yang memerangkap kepada runtunan hawa nafsu yang merosakkan akhlak dan akidah umat manusia. Talkshow diakhiri dengan persembahan khas oleh saudara Adeep yang mendendangkan dua buah lagu beliau berunsurkan dakwah. Rata-rata ramai yang berpuas hati dengan Talkshow ini dan berharap ianya akan dijayakan lagi dalam masa akan datang. Disediakan oleh; KHAIRI SYUTINA BT MAHMOOD Pengarah Nisa' Wilayah Persekutuan |
You are subscribed to email updates from kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan