Nuffnang

Selasa, 10 Januari 2012

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


Rahsia <b>Ning Baizura</b> turun berat badan 3 kg

Posted: 07 Dec 2011 04:00 PM PST


Rahsia Ning Baizura turun berat badan

Penyanyi Ning Baizura punyai rahsia tersendiri bagaimana dia mampu memiliki rupa paras badan yang langsing menawan.

Sejak beberapa bulan lalu, dia kerap berkunjung ke pusat rawatan kecantikan MEDIShape yang berlokasi di Tropicana Golf & Country Resorts bagi menjalani rawatan pelangsingan dan pembentukan bentuk badan sempurna.


Hasilnya, bentuk badannya yang dulu tampak besar terutama di bahagian lengan dan peha kini kembali menyerlah, apatah lagi berat badannya kini telah menyusut sebanyaktiga kilogram sejak mengamalkan beberapa rawatan di MEDIShape.

"Saya mula diperkenalkan dengan rawatan kecantikan MEDIShape sejak tujuh bulan lalu oleh beberapa orang teman rapat. Selepas mendapati keberkesanannya, saya mula tertarik dan kerap mengamalkannya.

"Bayangkan dalam dua hingga tiga rawatan saja, lengan dan peha saya sudah semakin mengecil. Malah saya juga bertambah yakin dengan bentuk badan saya yang lebih terbentuk dan tampak langsing," katanya yang kepada portal murai.com.my.

Ning Baizura telah dilantik sebagai duta pusat rawatan kecantikan MEDIShape dan juga bertindak selaku rakan kongsi perniagaan kesihatan berkenaan dengan menyasarkan untuk membuka beberapa lagi cawangan di seluruh negara.

Tambah Ning Baizura, rawatan yang disediakan di MEDIShape bukanlah untuk menguruskan badan, sebaliknya berupaya membentuk bentuk badan seseorang supaya kembali kepada rupa paras yang lebih menawan serta meyakinkan.

Bukan sekadar rawatan pembentukan badan, MEDIShape juga menawarkan rawatan kecantikan wajah serta membuang bulu pada bahagian tertentu seperti di bawah ketiak, punggung, janggut atau misai tanpa sedikitpun ada rasa sakit.

"Saya memang suka bersenam di gimnasium. Bagaimanapun kekerapan saya mengangkat berat telah menyebabkan otot terbina dan badan tampak besar, walhal tujuan asal saya adalah mahu tampak langsing. Bagaimanapun MEDIShape telah menyelamatkan saya.

"Begitu juga dengan suami saya. MEDIShape telah membantu mengurangkan pertumbuhan janggut kasar di wajahnya dengan rawatan pembuang bulu tanpa sakit yang ditawarkan di sini," katanya yang percaya dengan keselematan rawatan berkenaan.

Peminat gaun sendat Eclipse itu telah merasai pengalaman menggunakan empat jenis rawatan MEDIShape iaitu Ultrashape, Soprano XL, Venus Freeze dan Spa RF yang nyata telah memberi kesan memberangsangkan pada rupa paras tubuhnya.

Jelas Ning Baizura, setiap rawatan akan diseliakan oleh doktor atau pakar MEDIShape dan setiap individu akan mendapat khidmat nasihat daripada pakar berkenaan terlebih dahulu sebelum rawatan selanjutnya diadakan. untuk mensetiap individu akan ada di sini telah

Individu yang berminat untuk mendapatkan tubuh badan langsing ataupun mahu menghilangkan kehadiran bulu di bahagian tertentu bolehlah menghubungi MEDIShpae di talian 03-78858862 atau layari laman web www.medishape.com.my.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan