Nuffnang

Sabtu, 3 Mac 2012

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>Elly Mazlein</b> Cedera Sebab &#39;Amukan Pocong?&#39;

Posted: 29 Feb 2012 08:32 PM PST

PETALING JAYA – Gara-gara cuba untuk menghayati watak sewaktu pengambaran drama bersiri 'Amukan Pocong', dahi kiri penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein cedera hingga meninggalkan kesan yang jelas di wajahnya itu.

Kecederaan itu jelas kelihatan sehingga ramai yang menegurnya ketika dia berada di majlis pelancaran drama tersebut di Sri Pentas, TV3 baru-baru ini.

Foto : gua.com

"Saya jatuh ketika berlari untuk satu babak dalam drama ini. Masa lari, saya tergelincir dan kepala saya tersagat di atas kayu. Waktu itu tak banyak darah, tapi semua panik dan minta saya berehat dulu.

"Penerbit Kak Nor Aliah Lee sangat prihatin dan baik kerana dia bawa saya pergi jumpa pakar," kata Elly dalam laporan berita Gua.com.

Dalam perkembangan lain, gadis yang sudah mengikat tali pertunangan dengan pengarah, Azmi Hata, Elly teruja untuk menantikan saat akan bergelar seorang isteri kepada lelaki duda beranak dua itu.

Walaupun dirinya sedikit sibuk dengan kerjayanya, Elly masih mampu untuk melakukan persiapan perkahwinannya yang bakal berlangsung pada November ini walaupun tarikh awal pernikahan sepatutnya dijadualkan Februari lalu.

"Setakat ini persiapan perkahwinan kami sudah pun 50 peratus siap. Diakui, saya dah tak sabar dan teruja untuk bergelar isteri kepada Azmi.

"Sudah tentu saya gembira kerana nak hidup dengan orang yang kita cintai. Saya harap orang doakan yang terbaik untuk majlis ijabkabul saya," katanya.

Dalam kesibukan menguruskan majlis perkahwinannya, Elly juga bakal melakukan kemunculan semula dalam bidang nyanyian menerusi single lahu terbarunya, Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Komen