Nuffnang

Sabtu, 3 Mac 2012

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


Bunohan - Kagum Dengan Lakonan <b>Faizal Hussein</b> - Gua.com

Posted: 29 Feb 2012 09:07 PM PST

Apabila tamatnya sebuah filem ditayangkan dan penonton masih belum mahu pulang, sebaliknya masih berbincang mengenai filem yang baru mereka tonton; ia adalah satu yang jarang sekali berlaku dalam sinema Malaysia.

Itulah yang berlaku malam tadi setelah penonton keluar dari pawagam menyaksikan filem arahan Dain Said, Bunohan. GUA sempat bertemu beberapa rakan penggerak industri perfileman untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai filem tersebut.

Osman Ali, pengarah filem Ombak Rindu

"Sudah lama kita tidak menonton filem yang hebat sebegini. Filem-filem seperti Jogho, Kaki Bakar dan Sayang Salmah masih lagi kita terbayangkan kehebatan perfileman kita di zaman tersebut. Malam ini setelah menonton Bunohan, saya cukup berpuas hati kerana setiap elemen yang sepatutnya ada dalam sesebuah filem, ada dalam filem ini. Ensemble pelakon cukup berkarisma dan setiap pelakon telah menganjakkan mutu lakonan pelakon Malaysia. Syabas Dain!"

Remy Ishak, pelakon Anak Halal

"Walaupun saya tidak terlibat dalam filem ini, saya berbangga kerana wujudnya filem seperti ini di Malaysia. Menonton filem ini seperti menyaksikan filem-filem hebat dari luar negara. Lakonan Faizal Hussein sangat mengagumkan saya. 'Bunohan' adalah sebuah filem yang mengangkat martabat seni filem Malaysia. Tahniah kepada pengarah 'Dain Said' dan semua tenaga kerjanya."

Mamat Khalid, pengarah Kala Malam Bulan Mengambang

"Lengkap. Sebuah pengalaman sinematik yang cukup menduga akal. Bukan semua pengarah mampu untuk menghasilkan filem sebegini, namun Dain Said berjaya melaksanakan tugasnya. Sudah lama saya tidak hadir ke tayangan perdana yang sambutannya cukup hebat seperti malam ini. Selepas tayangan penonton masih berbicara mengenai filem di ruang legar. Sangat hebat!"

Khir Rahman, pengarah …Dalam Botol

"Sangat mantap! Lengkap serba-serbi. Bagaimana pengarah gabungkan empat cerita menjadi satu itu yang cukup mengagumkan. Jalinan cerita yang ditampilkan tersusun ditambahkan lagi dengan permainan bahasa sinema dalam sinematografi yang menjadikan filem ini sebuah filem yang cukup berbeza. Pelakon, setiap seorang dari mereka telah menjadikan naskhah ini sesuatu yang berbeza."

Datuk Sheila Majid, penyanyi

"Bunohan bercerita tentang apa yang berlaku di depan mata kita sekarang. Filem ini amat jujur."

Dira Abu Zahar, pengacara Melodi

"Faizal Hussein terbaik! Satu anjakan positif untuk kerjaya perfilemannya. Pelakon yang sering dipinggirkan tetapi memiliki bakat yang luar biasa. Secara keseluruhan filem ini memaparkan sinematografi yang cukup indah dan asli. Bunohan sebuah penceritaan yang berkualiti dan memiliki nilai artistik yang tersendiri."

Tiada ulasan:

Catat Komen