Nuffnang

Sabtu, 3 Mac 2012

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


<b>Fauzi Nawawi</b> Nafi Ugut Pengurus Produksi

Posted: 03 Mar 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Oleh: Syafiqah Jalal
Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com

KUALA LUMPUR, 3 MAC 2012: Pelakon, Lisdawati menafikan laporan bahawa suaminya, Fauzi Nawawi telah mengugut untuk mencederakan selain merampas kereta pengurus sebuah syarikat produksi dalam kejadian di sebuah premis di Wangsa Melawati, Ampang, kelmarin.

Malah Lisdawati yang turut berada ketika kejadian menganggap laporan polis yang dibuat itu adalah atas dasar untuk memfitnah dan menganiaya suaminya.

"Biarpun dalam kejadian saya yang berada di dalam kereta, namun saya tahu perkara sebenar.

"Fauzi datang ke premis mereka hanya untuk menuntut hutang dengan cara baik, sebaliknya mereka mengelak dan cuba membuat fitnah kepada suami saya.

"Kami hanya ingin berjumpa dan selesaikan dengan cara yang baik bukan ugutan seperti yang dilaporkan, malah dia sendiri yang melarikan diri.

"Sebelum ke premisnya lagi, kami sudah mencarinya di rumah tetapi gagal. Malah panggilan kami pun tidak dilayan," jelasnya ketika dihubungi murai.com.my.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, pengurus produksi yang enggan namanya disiarkan mendakwa Fauzi dan beberapa rakannya menaiki empat kereta pergi mencarinya di rumah.

Pengurus produksi itu mendakwa lagi, dalam kejadian tersebut, Fauzi bertindak di luar kawalan dengan memberi banyak ugutan terhadapnya.

Walaubagaimanapun, pengurus produksi berkenaan menafikan perselisihan yang berlaku disebabkan hutangnya dengan pelakon berkenaan sebanyak RM14,000.

Mengulas lanjut mengenai kejadian berkenaan, Lisdawati yang mewakili suaminya yang kini sedang menjalani proses suntingan untuk filem Pak Pong berkata dia dan Fauzi sudah membuat laporan polis.

"Sebelum mereka membuat laporan polis baru-baru ini, Fauzi sebelum itu lagi sudah membuat laporan polis.

"Laporan polis tersebut dibuat setelah kami ditipu oleh pengurus produksi itu. Sebelum ini mereka ada berhutang dengan warga Iran yang juga rakan Fauzi tetapi belum dilangsaikan lagi.

"Mereka mengadakan cerita bahawa mereka telah membayar hutang tersebut kepada Fauzi tetapi sebenarnya tiada.

"Jadi laporan polis itu adalah untuk keselamatan suami saya," tegasnya lagi.

Hutang yang belum dilangsaikan oleh pengurus produksi itu adalah berkaitan dengan Teater Semerah Padi.

Tiada ulasan:

Catat Komen