SELAIN menceburi bidang seni, Diana dan Farid Kamil juga berkongsi minat yang sama iaitu meminati aktiviti menunggang kuda, sekali gus semakin mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Akui Diana, dia bertuah kerana Farid juga banyak memberi sokongan padanya untuk kembali menunggang kuda."Bila berkawan dengan Farid, dialah yang banyak berhabis untuk membeli pelbagai peralatan dan aksesori berkaitan kuda. Sebelum ini, Farid memang 'gila kuda' dan dia juga membeli dua ekor kuda yang diletakkan di Royal Selangor Club itu.
"Malangnya, salah seekor dari kuda yang dibelinya itu mati dan kini hanya tinggal seekor iaitu Tic Tac. Bila mengetahui saya minat dengan kuda, Farid juga menghadiahkan kudanya yang diberi nama Tic Tac ini pada saya.
"Namun, kami sama-sama menyayangi Tic Tac dan saya anggap kuda ini adalah 'teman lelaki' baru saya ketika ini. Saya berasa keseronokan yang lain bila kita berada atas kuda yang gagah seperti Tic Tac," katanya.
"Farid membeli Tic Tac yang berasal dari kuda lumba dengan harga mencecah puluhan ribu ringgit. Kos untuk beli peralatan seperti pelana dan aksesori dan makanannya kuda juga mencecah RM1,500 sebulan dan ia tidak termasuk kos sewa kandang, penjaga kuda dan rawatan bila kuda jatuh sakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan