Nuffnang

Isnin, 16 April 2012

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Stephen Rahman Hughes</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2012 06:15 PM PST

Selepas berjaya mencipta nama dalam bidang lakonan dan pementasan teater di Malaysia, kini jejaka kacak kelahiran England, Stephen Rahman Hughes tampil dengan album bahasa Melayu pula.

Sememangnya Stephen bukanlah baru sahaja menapak kakinya dalam bidang nyanyian. Dia adalah salah seorang vokalis kumpulan opera lelaki, Teatro, dan turut berlakon dalam drama bersiri ala "Glee" daripada produksi Singapura yang dihasilkan untuk stesen televisyen Malaysia ntv7, "The Kitchen Musical".

Mengakui dirinya masih kurang fasih dalam bahasa Melayu, ia tidak menjadi penghalang untuk aktor "Puteri Gunung Ledang" dan "Hikayat Merong Mahawangsa" ini menghasilkan lapan buah lagu dalam bahasa tersebut.

"Saya sedang berusaha untuk memperbaiki diri saya dengan bertutur dalam bahasa Melayu baku. Saya akui banyak kekurangan yang perlu diperbaiki agar menjadi lebih baik pada masa akan datang," ujar Stephen ketika ditemui di majlis pelancaran albumnya di ibu kota baru-baru ini.

Jelasnya lagi, walaupun kurang fasih, dia seringkali bertanya maksud perkataan yang tidak difahaminya agar ia dapat disampaikan kepada pendengar.

"Sudah tentu saya perlu memahami setiap perkataan yang saya nyanyikan. Jika saya tidak faham atau tahu, saya akan bertanya kepada saudara saya yang berbangsa Melayu. Selain daripada bahasa yang indah, maksud yang mendalam dalam setiap lagu menjadi keistimewaan yang ada dalam album ini."

Album yang berjudul "Stephen Rahman Hughes" ini turut menampilkan barisan komposer tempatan terkenal seperti Audi Mok, Kevin Chin dan Azlan Abu Hassan serta komposer dari negara seberang Indonesia, Andre Dinuth.

Mempertaruhkan irama pop rock, balada dan alternatif rock, album Stephen ini sudah pun mula berada di pasaran tempatan sejak 16 Disember tahun lalu diikuti dengan Singapura dan Brunei.

Antara lagu-lagu yang berada dalam album ini adalah "Sejuta Rasa", "Di Ribaan Cinta", "Bawalah Aku", "Cinta Masih Ada", "Ekspresi", "Bertemu Di Syurga", "Ku Lepas" dan juga "Hati Berbisik" yang menampilkan penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan