Nuffnang

Isnin, 16 April 2012

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


Majlis Pengumuman Istimewa <b>Scha Alyahya</b> & Awal Ashaari <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 02:59 AM PDT

Pada jam 3 petang tadi, Budiey telah hadir di Majlis Pengumuman Istimewa Scha Alyahya & Awal Ashaari di Flora Kafe, Ampwalk Mall, Jalan Ampang yang telah mengumumkan segalanya tentang majlis pernikahan & majlis resepsi Scha & Awal yang akan diadakan tak lama lagi.

Majlis ini diadakan sejurus selepas Scha menerima lamaran dari Awal Ashaari dalam sebuah program TV Propaganza di Astro Ria secara langsung.

VIDEO Sekitar Majlis Pengumuman Nikah Scha & Awal – Episod 1

Ikuti video sepanjang Majlis Pengumuman Istimewa Scha & Awal ini di Channel Budiey.com: http://www.youtube.com/budiey27

Budiey turut rasa tak sabar untuk mengetahui segala perancangan yang sedang dibuat kerana kedua-dua selebriti ini antara selebriti yang agak rapat dengan Budiey sendiri. Sebelum ini, kami pernah terbang ke Korea bersama-sama untuk melancong sambil melihat pengambaran sebuah travelogue tajaan AirAsia X dan dari situ, Budiey dapat melihat sendiri percintaan yang sungguh romantiks antara Scha dan Awal.

Awal Ashaari Scha Alyahya Nikah

Untuk info semua pembaca, di sidang media ini, Awal Ashaari telah mendedahkan tarikh Majlis Merisik dan Majlis Bertunang yang telah diadakan pada 30 Mei 2011 di kediaman ibu Scha Alyahya. Seiring dengan pengumuman itu, satu slide tayangan gambar-gambar eksklusif majlis merisik dan majlis pertunangan ditayangkan untuk tatapan media dan tetamu.

Awal Ashaari Scha Alyahya Nikah

Scha dan Awal akan bernikah pada hari Jumaat, 4 Mei 2012 bersamaan 12 Jamadilakhir 1433H di Ballroom, Pullman Putrajaya Lakeside pada jam 8.30 malam.

Manakala, mereka akan diraikan di Majlis Resepsi pada hari Ahad, 6 Mei 2012 bersamaan 14 Jamadilakhir 1433H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 8 malam.

Astro akan menjadi penyiar TV rasmi untuk majlis Scha & Awal di mana 4 buah episod pra-perkahwinan mereka akan ditayangkan secara rakaman sebalik tabir dan juga momen-momen pahit dan manis Scha & Awal sepanjang persiapan perkahwinan. Siaran akan bermula pada 13 April hingga 18 Mei 2012.

Satu episod untuk majlis pernikahan di mana akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Awani. Satu episod majlis persandingan akan disiarkan secara rakaman.

Awal dan Scha bertuah kerana mendapat 12 syarikat yang sudi menaja majlis yang bersejarah buat mereka ini.

Budiey.com ucapkan semoga segala perancangan yang dibuat oleh Scha Awal akan berjalan dengan lancar. Amin.

Awal Ashaari Scha Alyahya Nikah

Awal Ashaari Scha Alyahya Nikah

Awal Ashaari Scha Alyahya Nikah

Awal Ashaari Scha Alyahya Nikah

Awal Ashaari Scha Alyahya Nikah

Awal Ashaari Scha Alyahya Nikah

Awal Ashaari Scha Alyahya Nikah

Awal Ashaari Scha Alyahya Nikah

Awal Ashaari Scha Alyahya Nikah

Awal Ashaari Scha Alyahya Nikah

Awal Ashaari Scha Alyahya Nikah

Awal Ashaari Scha Alyahya Nikah

Awal Ashaari Scha Alyahya Nikah

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Seorak Cable Car
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Seoraksan National Park
  • EKSKLUSIF: Gambar Pra Persandingan Awal Ashaari & Scha Alyahya
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Valley of The Wind Korea
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Karpet Merah ABP2010
  • Gambar Terkini Scha Alyahya & Awal Ashaari di Korea
  • Gambar Awal Ashaari di Anugerah Bintang Popular 2011
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Doosan Tower
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Suwon Korea
  • Gambar Awal Ashaari Dalam Bas Korea Trip
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan