kumpulan KRU - Google Blog Search |
- <b>Kumpulan</b> Wings Kini Bawah Naungan <b>KRU</b> - Opss Media
- chedinsphere.: <b>Kumpulan</b> 4U2C dan Komik Kawan
- <b>Kumpulan</b> Wings Dibeli <b>KRU</b> Music | X Lupa Dot Com
<b>Kumpulan</b> Wings Kini Bawah Naungan <b>KRU</b> - Opss Media Posted: 19 Jul 2012 08:56 PM PDT Kumpulan Wings Kini Bawah Naungan KRUSyarikat rakaman KRU Music Group sanggup membuat pelaburan besar untuk mengambil kumpulan rock legenda iaitu Wings bernaung di bawah syarikat mereka. Presiden Eksekutifnya, Norman Abdul Halim berkata, ia merupakan pelaburan terbesar yang pernah dibuat dalam syarikatnya itu selepas setahun membincangkan mengenai hal kontrak mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.Tambah Norman, Wings akan muncul sebuah album baru berjudul Menakluk Kosmos yang dijangka siap pada September depan. Manakala sebuah lagi album berkonsepkan kompilasi lagu-lagu popular Wings juga akan diterbitkan. Wings terdiri daripada Awie (vokalis), Eddie (pemain bass), Black (dram) dan Syam (gitar). Sementara itu, Awie pula berharap, selepas 10 tahun tanpa album, Menakluk Kosmos dapat memberikan kelainan kepada para peminat dengan bantuan pengurusan pihak KRU. Selain Wings, kumpulan MOJO, Forteen, V.I.P, Baby Shima, Ad Azhar, Mira Asyraff dan Kamilia turut berada di bawah naungan KRU Music Group. Terjah lagi, artikel yang menarik : Hiburan, KRU, Kumpulan Wings |
chedinsphere.: <b>Kumpulan</b> 4U2C dan Komik Kawan Posted: 26 Aug 2012 03:29 AM PDT ********************************** Kumpulan 4U2C dan Komik Kawan. Dalam tulisan kali ini, saya paparkan sedikit koleksi komik "Kawan" yang saya miliki. Dulu saya melanggannya setiap bulan, tapi, kini tinggal tiga naskah sahaja. Saya menyukai siri kartun "4U2C" lukisan Kartunis Miki, yang menggunakan nama dan wajah anggota Kumpulan 4U2C sebagai watak utamanya. 4U2C (For You To See) asalnya dianggotai oleh tujuh orang anak muda yang terdiri daripada A.C (Mizal Zaini); Azam (Nor Azam bin Mohamed); Lanz (Razlan Ramdan); Yanz (Haji Suffian); Joe (Mohd Johari); Rinz (Raja Azrin); dan Adik (Mohd Faizal Khamis). Kumpulan 4U2C pernah memenangi anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular (Anugerah Bintang Popular) pada 1993. Tahun itu menyaksikan berakhirnya penguasaan kumpulan rock dalam kategori tersebut sejak pertandingan itu dimulakan pada 1987 yang ketika itu dimenangi oleh kumpulan Search. Bersama generasi pertama 4U2C, A.C bersama rakan-rakannya merakamkan beberapa album seperti "4U2C" (1992); "Love2CU" (1993); dan "2BD#1" (1995). Kemudian, selepas keluarnya beberapa orang anggota asal 4U2C (termasuk Joe), A.C bersama generasi kedua kumpulan tersebut menghasilkan alum terakhir mereka, "Kembalilah Fiona" pada tahun 1996. Kenangan. **********************************
|
<b>Kumpulan</b> Wings Dibeli <b>KRU</b> Music | X Lupa Dot Com Posted: 19 Jul 2012 03:07 PM PDT Syarikat rakaman KRU Music sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mendapatkan kumpulan rock legenda, Wings, bernaung di bawah label mereka. Presiden Eksekutifnya, Norman Abdul Halim, berkata meskipun jumlahnya besar, ia amat berbaloi dengan status kumpulan rock terhebat disandang mereka ketika ini. "Boleh dikatakan inilah pelaburan terbesar pernah dikeluarkan label kami setakat ini. Ia merangkumi kos pembikinan album, penghasilan klip video, strategi pemasaran dan juga promosi. Tapi ia tidak menjadi halangan kerana status mereka sebagai legenda rock membuatkan kami rasa perbelanjaan besar yang kami keluarkan itu berbaloi," ujar Norman pada sidang media Lagenda Rock Menakluk Kosmos di ibu negara, petang semalam. Dengan penyertaan kumpulan popular itu dalam KRU, menurut Norman, ia sekali gus membuktikan label itu bersikap terbuka menerima karya orang lain. Norman bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar dikeluarkan untuk mendapatkan kumpulan terbabit. Sebaliknya dia menyifatkan kerjasama itu sebagai situasi menang-menang buat kedua-dua pihak. Ambil masa fikir tawaran Sementara itu, Awie mendedahkan keputusan menerima tawaran itu tidak dibuat dalam sekelip mata. Banyak perkara perlu diambil kira supaya hasrat menghasilkan album terbaik selepas sedekad tanpa produk baru dapat dicapai. "Sebelum ini memang ada syarikat rakaman lain menawarkan kami untuk menjadi artis rakaman mereka. Namun kami tolak kerana tawaran itu tidak memenuhi kehendak kami. "Pemilihan KRU Music sebagai label baru kami ini pun mengambil masa agak lama. Kejayaan demi kejayaan dilakar Norman, Yusry dan Edry serta keupayaan mereka mengendalikan label itu membuatkan mereka yakin untuk menerima tawaran berkenaan. Mengenai pembikinan album yang berjudul Menakluk Kosmos itu, Awie berkata, mereka masih lagi mencari material yang sesuai. "Ada beberapa lagu sudah pun dirakam dan kami akan masuk ke studio lagi pada hari ketiga puasa. Memang agak sukar untuk kami mencari lagu baru yang sesuai dengan cita rasa masa kini. "Walaupun ada pembaharuan tapi tanda dagang muzik Wings, iaitu bunyi gitar dan ketukan dram, tetap dikekalkan," ujarnya. Kali terakhir Wing merakamkan album ialah sedekad lalu menerusi Naga K'ramat terbitan BMG. Follow @xlupadotcom Tweet |
You are subscribed to email updates from kumpulan KRU - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan