Adi Putra - Google Blog Search |
<b>Adi Putra</b> Kurang Pasti Status Rita Rudaini - Gua.com.my Posted: 20 Mar 2013 03:32 AM PDT Baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan aktres, Rita Rudaini dilarang berlakon di samping Adi Putra oleh suaminya, Aidil Zafuan. Mengulas tentang isu ini, Adi Putra yang ditemui baru-baru ini memberitahu dia langsung tidak tahu menahu mengenai perkara itu serta tidak begitu pasti dengan status perkahwinan Rita Rudaini. "Saya sama sekali tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh suami Rita itu. Malahan saya juga kurang pasti dengan status rumahtangga Rita dan merasakan hal ini terlalu peribadi untuk diulas dengan lebih lanjut," ujar Adi ringkas. Bagaimanapun, pelakon kelahiran Singapura itu tidak keberatan memberikan pendapat peribadinya. Ujar Adi, sekiranya seseorang suami tidak menyukai isterinya melakukan sesuatu perkara, maka isterinya harus menghormati keputusan yang dibuat oleh suami. Ini kerana suami berperanan sebagai khalifah dan bertanggungjawab untuk membimbing keluarga. Berkongsi cerita tentang filem 'Suami Aku Ustaz' yang bakal diterbitkan oleh syarikatnya, NUR ADP, Adi memberitahu, filem itu bakal memulakan penggambaran di Melaka pada pertengahan bulan April hadapan. Namun dia masih merahsiakan identiti pelakon wanita yang memegang peranan utama. Sebagai teraju utama, Adi juga mengambil keputusan untuk memberi sepenuh perhatian kepada filem yang diadaptasikan dari novel itu. Dia juga menjelaskan bahawa plot filem itu mengikut naskah novel bagi memastikan keaslian jalan ceritanya tidak terjejas. "Saya sebolehnya ingin fokus kepada filem 'Suami Aku Ustaz' yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Saya memperuntukkan masa lebih kurang satu bulan untuk filem itu. Filem tersebut mengisahkan mengenai sesuatu perkara yang sering kita terlepas pandang dalam kehidupan seharian," ujar Adi. |
You are subscribed to email updates from Adi Putra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan