Fouziah Gous - Google Blog Search |
<b>Fouziah Gous</b> jual My Walet Bird Nest | Lirik Posted: 12 Feb 2013 06:03 PM PST Pelakon Fouziah Gous memberanikan diri mencuba bidang yang jarang dilakukan oleh golongan wanita iaitu perusahaan sarang burung walit. "Perniagaan seperti ini bukan mudah untuk diusahakan, sebaliknya saya mengambil masa hampir dua tahun untuk mempelajarinya. "Buat masa ni, banyak lagi yang perlu saya pelajari dari mereka yang berpengalaman mengenai cara perniagaan seperti ini," Enggan mendedahkan lokasi perusahaannya itu, Fouziah berkata, dia berminat dengan perusahaan itu setelah diperkenalkan dengan kursus khas. Selepas kajian lengkap dilakukan, dia yakin perusahaan itu berupaya memberikan keuntungan lumayan. Menurutnya, dilahirkan dalam keluarga yang mempelopori perniagaan sedikit sebanyak mendorongnya untuk meneruskan perniagaan sebegini. " Walaupun keluarga saya tidak melibatkan diri dalam industri burung walit, bagi saya ia adalah satu cabaran untuk saya terus mengorak langkah untuk lakukan yang terbaik. "Sudah lama saya ingin membuka perniagaan ini. Saya juga membuat kaji selidik dan bersyukur, akhirnya ia dapat dilakukan dengan nasihat dan tunjuk ajar ahli keluarga," kata bekas pramugari ini. Dalam pada itu, Fouziah yang menjadi pengedar di bawah nama My Walet Bird Nest, dikatakan akan mengedarkan produknya ke beberapa farmasi, pada masa kini ia masih lagi dalam proses persiapan sebelum dilancarkan. Visit: Fouziah Gous jual My Walet Bird Nest @ Lirikami |
You are subscribed to email updates from Fouziah Gous - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan