Nuffnang

Khamis, 21 Mac 2013

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida</b> Anggap Lelaki Kelakar Terapi Diri | MyNewsHub

Posted: 15 Mar 2013 03:15 AM PDT


KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Fida Ibrahim menganggap mengenali lelaki dalam kalangan pelawak mampu memberi terapi dalam kehidupannya.

Jika sebelum ini dia pernah bercinta dengan Mamat Sepah, kali ini dia memilih pula pelakon komedi, Zalif Sidek.

Akui Fida yang dipetik dari Sinar Harian Online, dia lebih menyenangi lelaki berperwatakan kelakar dan periang.

"Memang saya mudah tertarik dengan lelaki yang suka berlawak jenaka dan periang. Jenaka mereka mampu membuatkan saya lupa akan masalah yang ada.

"Secara tidak langsung, ia boleh menjadi terapi untuk saya dalam melupakan seketika segala masalah," katanya.

Tidak berselindung mengenai hubungan cintanya yang baru berputik bersama Zalif, baru-baru ini, Fida akui keterbukaan itu nyata membawa lebih kekusutan.

Sejak hubungan mesra itu diketahui umum, Fida dikatakan telah diganggu wanita yang mengaku dirinya sebagai kekasih Zalif.

"Ia memberi pengajaran buat saya supaya berhati-hati dalam perhubungan. Walaupun saya tidak pasti siapa wanita itu, namun cukuplah setakat ini.

"Malah, sejak peristiwa itu, saya lebih selesa menganggap Zalif sebagai kawan biasa sahaja," jelasnya.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan