Nuffnang

Khamis, 21 Mac 2013

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


<b>Hujan</b> Akui Tiada Persembahan Sejak Ramadan Lalu – Perak Today

Posted: 02 Jan 2013 04:35 PM PST

Vokalis Hujan, Noh Salleh mengakui kumpulannya itu semakin kurang mendapat undangan persembahan pentas sejak bulan Ramadan tahun lalu.

Noh, 28, berkata, ahli-ahlinya juga secara tiba-tiba menyepikan diri mungkin kerana sibuk dengan urusan tersendiri.

"Saya pun tak tahu kenapa, tetapi mungkin kami terlalu penat terutamanya selepas pertandingan Versus (yang berlangsung dari Mac hingga Jun 2012) sehinggakan semuanya lesap seketika dan masin-masing dengan urusan sendiri.

"Bagaimanapun sepi kami itu tidak bermaksud Hujan akan berpecah. Senang cakap, kami hilangkan tekanan sebagai persediaan melangkah ke tahun baru 2013.

"Pada sambutan tahun baru lalu, kami telah mengadakan konsert ambang Tahun Baru 2013 di Putrajaya. Kiranya ia adalah penampilan pertama kami selepas beberapa bulan 'menghilangkan' diri," katanya.
Kumpulan Hujan

Selain Noh, Hujan dianggotai oleh Mohammad Hezry atau AG (gitaris), Hang Dimas (keyboard) dan Azham Ahmad Ambobzeela atau Am (dram).

Tambahnya lagi kehilangan sementara ahli-ahlinya itu tidak mungkin dapat melenyapkan nama Hujan terus daripada industri muzik kerana mereka bahawa kumpulan itu akan terus bersama memperjuangkan muzik yang dibawa selama ini.

"Sejak enam tahun kumpulan ini ditubuhkan, kami hanya mengamalkan konsep percaya antara satu sama lain.

"Andai kata ada ahli yang lesap seketika, bererti dia mempunyai urusan penting yang perlu dilaksanakan.

"Kami akan bertahan selagi kepercayaan itu ada pada diri masing-masing," ujarnya.

Tambah Noh, Hujan juga bakal sibuk menyertai Festival Midem yang akan berlangsung di Cannes, Perancis pada 26 hingga 28 Januari ini.

Malah mereka bakal mengadakan konsert jelajah seluruh negara selama sebulan pada Februari depan.

-mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan