Farid Kamil - Google Blog Search |
- <b>Farid Kamil</b> - OhBulan
- <b>Farid Kamil</b> Akhirnya Bersuara Mengenai Kontroversi Uniform PDRM |
- Adik <b>Farid Kamil</b> 'Berkawan' Dengan Yana? | MyNewsHub
Posted: 18 Feb 2013 05:27 PM PST Masihkah anda ingat lagi dengan kontroversi pakaian Farid Kamil sewaktu majlis resepsi perkahwinannya bersama Diana Danielle di Putrajaya tahun lalu, di mana pakaian pelakon ini telah menjadi bualan hangat dikalangan peminat industri hiburan tanah air sehingga melibatkan pegawai-pegawai tentera di negara ini. Berikutan kontroversi tersebut, Farid Kamil telah menganggap blogger yang menyebarkan perkara tersebut adalah sebagai individu yang tidak beretika dan dirinya amat kurang selesa dengan insiden tersebut. "Tidak kira apa sahaja cerita kurang baik tentang diri saya yang diperkatakan, saya masih boleh bersabar dan menerimanya. Namun begitu, perbuatan yang dilakukan oleh blogger itu sungguh tidak beretika. "Buat masa ini saya tidak mahu ambil apa-apa tindakan, tetapi pihak MIG sekarang sedang meneliti setiap tulisan blogger tersebut dalam blognya itu untuk tindakan seterusnya." Dalam pada itu, Farid turut menyatakan bahawa dia sudah tahu siapakah individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan cerita-cerita yang tidak elok mengenai dirinya dan menyifatkan individu terbabit sebagai seorang yang bermasalah dalam kehidupan. "Saya sudah lama tahu orang yang bertanggungjawab memburuk-burukkan nama saya selama ini dan sangat kenal dengannya. Cuma saya tidak mahu ambil kisah langsung dengan segala perbuatannya itu. "Bagi saya orang tersebut sebenarnya sangat tertekan dengan kehidupan yang dilaluinya dan saya cuma mendoakan yang terbaik buat dirinya," ujar Farid Kamil menerusi laporan Kosmo Online hari ini. |
<b>Farid Kamil</b> Akhirnya Bersuara Mengenai Kontroversi Uniform PDRM | Posted: 10 Jan 2013 10:29 PM PST Sebelum ini Farid Kamil tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kontroversi uniform PDRM yang dipakai olehnya ketika majlis resepsi perkahwinan. Hari ini, menerusi Harian Metro, Farid Kamil tampil menjelaskan isu tersebut. Menurut Farid Kamil, kontroversi ini berpunca daripada tindakan seorang penulis blog yang memutar belit fakta dengan tujuan memalukannya. Farid Kamil berkata:-
Kesian pulak Abang Nara kat Farid Kamil ini. Bermacam-macam ujian yang ditempuhnya. Semoga Farid Kamil tabah menghadapinya. Semoga masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin sekaligus Farid Kamil dapat menempuh kehidupan alam rumahtangga dengan lebih tenang. P.S: Lagu rasmi untuk Darul Takzim FC Baca Yang Ini Pulak:- |
Adik <b>Farid Kamil</b> 'Berkawan' Dengan Yana? | MyNewsHub Posted: 14 Feb 2013 11:30 PM PST Ketika ini kontorversi yang menimpa pelakon dan pengarah berbakat besar, Farid Kamil mengenai pemakaian bajunya ketika bersanding sudah pun mulai reda. Tetapi timbul pula cerita baru, namun ia bukanlah tentang Farid sebaliknya mengenai adiknya, Fadzil Zahari yang dikatakan walaupun baru saja menceburi bidang seni tetapi sudah ada gosip cinta dengan pelakon, Yana Samsudin. Namun, memetik laporan Harian Metro, hari ini, Fadzil, 29, ketika ditemui pada majlis sempena Tahun Baru Cina anjuran Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG) di Petaling Jaya, baru-baru ini telah menafikannya dan mengakui dia dan Yana hanya bersahabat. Menurut Fadzil, sebagai orang baru dalam industri hiburan, dia lebih selesa berbicara soal karier berbanding menjawab gosip yang tidak benar seperti kisah cinta itu. Tetapi dia akan menjawab soalan sebaik mungkin kerana dia tahu sebagai artis dia tidak mungkin boleh lari dari gosip cinta. "Sekalipun perkara ini hanya gosip dan bukan fakta, saya tetap kena memberikan jawapan. Jadi, jawapan saya mengenai gosip cinta dengan Yana itu adalah tidak betul dan kami cuma berkawan baik. "Bahkan, Yana juga sudah menafikannya dan saya berharap tidak perlu lagi berhadapan gosip seperti ini," jelasnya. Tambah Fadzil, sikap komited Yana pada karier dan minatnya terhadap seni membuatkan dia begitu menghormatinya. Baginya, bukan mudah untuk meraih kejayaan dan apa yang dilakukan Yana itu harus dicontohi. Sementara itu, apabila ditanya pada Farid tentang hubungan adiknya Bersama Yana, Farid berkata, dia tiada masalah untuk merestui percintaan yang berputik antara Fadzil dan Yana. Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Farid Kamil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan