siti nordiana - Google Blog Search |
- GAMBAR <b>SITI NORDIANA</b> BERTUDUNG | Blog Informasi Alternatif <b>...</b>
- GAMBAR BERTUDUNG DIANA AMIR IRMA HASMIE <b>SITI NORDIANA</b>
- Gambar Anak <b>Siti Nordiana</b> Terkini
GAMBAR <b>SITI NORDIANA</b> BERTUDUNG | Blog Informasi Alternatif <b>...</b> Posted: 23 Sep 2011 11:06 PM PDT HIJRAH SITI NORDIANA"BERTUDUNG BUKAN KERANA FESYEN Sepanjang bergelar anak seni, kisah mengenai penyanyi Siti Nordiana Alias sering kali menjadi perhatian. Biarpun namanya tidak terlalu gah berbanding beberapa penyanyi yang lain, namun dia mempunyai peminat tersendiri dan masih lagi mampu bertahan sehingga kini. Sudah lumrah menjadi seorang artis, apa sahaja yang dilakukan pastinya akan dinilai oleh peminat. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap penyanyi yang bergelar ibu tunggal ini. Biarpun jarang terpalit dengan kontroversi hangat, namun namanya pernah sedikit terjejas gara-gara penampilannya ketika hadir pada majlis yang dianjurkan oleh sebuah majalah pada tahun lalu. Pada kali ini, penyanyi berkenaan tidak lagi tampil dengan gaya seksi seperti sebelum ini. Sebaliknya, kini Nana lebih kelihatan anggun dan menarik apabila dilihat sudah memakai tudung.
Menurutnya lagi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk bertudung memandangkan anaknya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie semakin membesar. Namun, hanya pada bulan puasa yang lalu hasratnya itu dapat direalisasikan. Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca |
GAMBAR BERTUDUNG DIANA AMIR IRMA HASMIE <b>SITI NORDIANA</b> Posted: 08 Oct 2011 03:57 AM PDT DUNIA BARU DIANA,IRMA DAN NANA Isu artis wanita pakai tudung di negara ini bukanlah satu perkara baru namun apabila ia berlaku secara serentak, pelbagai pihak meragui niat sebenar golongan itu. Irma Hasmie Ibrahim, Siti Nordiana dan Diana Amir merupakan antara tiga lagi artis wanita yang telah melakukan penghijrahan besar dalam hidup mereka. Bagi ketiga-tiga wanita ini, langkah untuk mengambil keputusan sebesar ini sebenarnya banyak menyedarkan mereka tentang erti kehidupan yang selama ini dicari.
BUKAN lagi rahsia apabila hubungan cinta yang pernah terjalin di antara Irma Hasmie dengan Nabil Raja Lawak terputus di tengah jalan. Minggu lepas, bekas kekasih Irma itu telah menamatkan zaman bujangnya dan mata kini kembali tertumpu kepadanya. Bagi Irma, 29, dia menyerahkan soal jodoh di tangan Tuhan kerana dia percaya walau sehebat manapun manusia di muka bumi ini tiada siapa yang mampu menentukan nasib sendiri.
Menyentuh tentang pernikahan bekas kekasihnya itu, tidak banyak yang mahu diulas oleh pelakon filem Cinta Fotokopi (2005) ini. Menurutnya, apa yang penting Nabil kini sudah pun menemui sinar kebahagiaannya.
Memakai tudung pada usia bakal menjengah 30, kata pengacara program Solehan ini, tiada istilah sudah terlambat buat dirinya kerana apa yang lebih penting, dia berjaya merealisasikan impiannya.
Kematian petunjuk jelas buat Nana KEMATIAN bekas suami pelakon Faizal Yusof serta rakan baiknya Achik Spin banyak menyumbang kepada keputusan yang diambilnya untuk bertudung. Bagi Siti Nordiana atau mesra dengan panggilan Nana, perubahan penampilannya ini diharap mampu membawanya ke jalan yang lebih baik.
Bergelar seorang ibu tunggal di usia yang muda, Nana memberitahu, keputusan bertudung ini diambil apabila dia mula berjinak-jinak untuk mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.
Nana yang sedang giat mempromosikan single terbaru berjudul Semakin Jelas ciptaan Azlan Abu Hassan menyandarkan satu harapan tinggi kepada peminat agar terus menyokong diri dan kariernya.
Setelah dua tahun menyendiri, Nana kini akui dia sedang mengenali seseorang. Walaupun tidak mahu menjelaskannya dengan lebih mendalam mengenai kisah cinta barunya ini, namun jelas terpapar keceriaan di wajah ibu muda ini.
Diana masih belajar BELUM sampai sebulan pelakon filem 3,2,1 Cinta Diana Amir memakai tudung, hati kecilnya tidak pernah was-was tentang keputusan yang diambilnya itu. Bahkan Diana akui, hatinya memberitahu bahawa keputusan yang diambilnya itu adalah yang terbaik baginya. Percaya perubahan yang dilakukan akan mencetuskan pelbagai persoalan kepada peminatnya, Diana berkata, apa yang dilakukannya adalah atas kerelaan hati.
Menyedari pengetahuan tentang agama masih cetek, Diana bersyukur kerana diberikan hidayah untuk belajar. Justeru, katanya, bagi mendalami pengetahuan tentang agama, dia mendapat bimbingan daripada keluarga angkatnya yang berada di Shah Alam, Selangor.
Berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik merupakan doa yang Diana mohon kepada Allah setiap hari. Ini kerana, ujarnya, sebarang perubahan ke arah kebaikan yang cuba dilakukan oleh seseorang itu pasti ada cabarannya. Justeru, mengenali Diana sebelum ini sebagai seorang artis yang agak berani dalam berpakaian, tidakkah dia rasa janggal dengan perubahan berpakaian?
Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca |
Gambar Anak <b>Siti Nordiana</b> Terkini Posted: 22 Jan 2013 11:18 PM PST Dah semakin besar anak Siti Nordiana atau Nana, yang diberikan nama Rayyan. Rayyan kini dah masuk sekolah Tabika. Dan ini adalah salah satu keharusan seorang kanak-kanak seperti Rayyan. Nordiana juga buat masa ini belum memikirkan soal penganti arwah ayah Rayyan, kalau ada jodoh, mungkin ianya dipercepatkan dan kita juga sedia maklum memandangkan Rayyan juga dah semakin membesar dan perlu belaian kasih seorang ayah. -Instagram Siti Nurdiana Tag: Anak Artis, Gambar Artis, Instagram, Siti Nordiana, Tudung Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih |
You are subscribed to email updates from siti nordiana - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan