Nuffnang

Isnin, 1 April 2013

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


JWG - <b>Jamal Abdillah</b> 2 [Karaoke] - Music/Video » JWG TorrenT

Posted: 29 Mar 2013 10:29 AM PDT

Music/Video - JWG - Jamal Abdillah 2 [Karaoke]
Added30-Mar-13 01:29:36 (2 days ago) - 33 hit(s) since
Info Hash518b43d421ccdcdf6f79a5f51d8b31519ea65d2f
Size268.14 MB (281170104 bytes)
Cover / Poster
1038430.jpg
Screenshot / Snapshot
1038431.jpg
Description:
Jamal Abdillah karaoke version 2.

Layan~~

Hit THX!!!


Scrape Details

This torrent has been sucessfully completed 17 time(s)

Ratings
Rating: 5.0/5 (1 votes cast)
Please login to vote

<b>Jamal Abdillah</b> Kembali Ke Istana Budaya - Gua.com.my

Posted: 21 Mar 2013 05:30 PM PDT

Raja Pop, Jamal Abdillah bakal kembali ke Istana Budaya untuk Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah – P Ramlee yang akan berlangsung pada 30 Mei sehingga 2 Jun hadapan. Konsert selama dua jam pada setiap malam itu dijangka tampil hebat kerana penyanyi itu merancang sesuatu yang berbeza daripada konsert-konsertya sebelum ini. 

Konsert itu diadakan bagi mengenang karya- karya agung Tan Sri P. Ramlee yang sehingga kini masih mendapat tempat di hati peminat. Bahkan, penganjurannya konsert ini adalah atas usaha syarikat Jamal sendiri, Bintang Chanell dengan kerjasama Istana Budaya. Namun Jamal mengalu-alukan jika ada syarikat korporat yang ingin menaja konsert itu.

"Konsert ini bukanlah bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi saya ingin menggunakan kelunakan suara dan penghayatan untuk menyambung jiwa yang terhenti. Walaupun perbelanjaannya agak tinggi daripada konsert saya sebelum ini, namun saya tetap mengambil pendekatan untuk mengeluarkan duit poket saya sendiri," ujar Jamal ketika ditemui di Istana Budaya pada Rabu.

Jamal akan mendendangkan lebih kurang 31 buah lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan berharap agar dapat meruntun hati peminat menerusi lagu dan visual sambil diiringi kombinasi pemuzik terkenal serta pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam.

"Saya ingin membawa orang ramai untuk mengimbau kembali nostalgia zaman kegemilangan Tan Sri P.Ramlee yang pasti mampu membuatkan mereka bergenang air mata. Adalah menjadi kepakaran saya untuk menyentuh jiwa orang ramai melalui lagu-lagu yang akan didendangkan nanti," tambah Jamal lagi.

Lapan segmen akan dimuatkan dalam konsert tersebut di mana setiap segmen menjanjikan kelainannya tersendiri. Jamal menerangkan dia akan menggunakan klip-klip video dalam filem seniman teragung tersebut dan disulam dengan sketsa jenaka serta menyentuh kalbu yang menampilkan beberapa artis lain seperti Isma Aliff, Musly Ramly, Azlina Aziz dan Nas Adila.

Tempahan tiket boleh dibuat dengan melayari laman sesawang www.ticket2u.biz atau hubungi Istana Budaya di talian 03- 21618134. Tiket- tiket dijual pada harga RM65, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM 325 dan RM455.

<b>Jamal Abdillah</b> buat konsert amal 19 April – Perak Today

Posted: 12 Mar 2013 06:00 PM PDT

RAJA Pop, Jamal Abdillah akan mengadakankonsert amal di The Royale Bintang Resort & Spa Seremban di sini pada 19 April
ini.

Pengurus Besar hotel, Mashor Din berkata, kutipan amal konsert solo itu akan disumbangkan kepada Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk mengubah suai dan menaik taraf taman permainan kanak-kanak hospital berkenaan.

"Konsert sempena Minggu Setiausaha ini akan bermula 8.30 malam dan dijangka kira-kira 1,200 orang akan menghadirinya," katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri penyanyi popular itu.

Sementara itu, Jamal berkata, beliau akan mendendangkan kira-kira 20 buah lagu popularnya dalam pelbagai jenis genre muzik pada konsert itu yang akan berlangsung selama dua jam.

"Persembahan saya akan diiringi pemuzik profesional dan saya berharap penonton akan terhibur," katanya.

Tiket berharga RM350, RM180 dan RM99 boleh didapati di pejabat jualan hotel itu mulai sekarang.

Mereka yang ingin membuat tempahan atau membeli tiket boleh menghubungi pejabat jualan The Royale Bintang Resort & Spa Seremban menerusi talian 06-7666666 / 06-7666888 / 06-7666210 / 06-7666208.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan