Tiz Zaqyah - Google Blog Search |
- <b>Tiz Zaqyah</b> Enggan Ungkit Kisah Silam Bersama Remy Ishak <b>...</b>
- <b>Tiz Zaqyah</b> : Oh My English! | buahmulut.com
- Hati <b>Tiz Zaqyah</b> Kini Kembali Berbunga Bersama Daniel Haziq |
<b>Tiz Zaqyah</b> Enggan Ungkit Kisah Silam Bersama Remy Ishak <b>...</b> Posted: 06 Mar 2013 05:45 PM PST Semua sedia maklum pelakon berbakat, Tiz Zaqyah kini sudah pun menemui pengganti Remy Ishak dan jejaka yang dimaksudkan itu adalah rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Danial Haziq. Sewaktu bertemu di acara tayangan perdana drama bersiri "Cinta Jangan Pergi," Tiz Zaqyah akui kini dirinya semakin bahagia bersama jejaka tersebut dan meminta agar pihak media tidak bertanya lagi kisah silamnya bersama bekas kekasih. "Ya. Sekarang saya sedang bahagia. Doakan sahaja kebahagiaan ini dan jangan pusing-pusing belakang lagi." Dalam pada itu, Tiz turut menafikan dakwaan yang mengatakan kononnya Danial Haziq adalah punca keretakan hubungannya bersama Remy Ishak. "Eh taklah. Saya tak pernah keluar atau jumpa dengan dia sepanjang saya bersama Remy Ishak. Sewaktu berpisah dengan Remy, berbulan juga saya ambil masa untuk memulakan hubungan bersama kekasih yang baru ini. "Buat masa sekarang saya memang tak ada sebarang perancangan untuk berkahwin sebab nak fokus pada kerjaya terlebih dahulu. Lagipun saya muda lagi, Oktober ini baru masuk 25 tahun," ujar Tiz sambil tergelak. Ketika diajukan soalan apakah perasaan Tiz apabila melihat foto-foto Remy bersama Maya Karin, aktres ini hanya mampu tersenyum dan merasa gembira dengan perkabaran tersebut. Selain itu, aktres ini turut akui merasa sukar untuk berlakon bersama Remy Ishak kerana sewaktu penggambaran drama "Cinta Jangan Pergi" hubungan mereka baru sahaja berakhir. "Semuanya OK. Sebab kerja, jadi saya bersikap profesional sahaja. Tapi saya akui memang susah nak berlakon dalam drama ini sebab hubungan kami pada ketika itu baru sahaja berakhir. Tipulah kalau saya cakap tak susah," komen Tiz mengenai lakonannya bersama Remy. Untuk makluman, Tiz bakal muncul dengan drama terbarunya bersama Remy Ishak berjudul "Cinta Jangan Pergi." Drama bersiri tersebut akan ditayangkan di TV9 mulai 6 April ini pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam. Sekiranya anda ingat melihat sejauh manakah sikap profesional Tiz dan Remy, jangan lupa saksikan drama bersiri ini. |
<b>Tiz Zaqyah</b> : Oh My English! | buahmulut.com Posted: 21 Mar 2013 06:03 PM PDT Bertemu dengan Tiz Zaqyah yang kini sedang mengecapi bahagia bersama kekasih barunya memberi kami seribu satu persoalan tentang sisi-sisi gelap hidupnya yang selama ini tidak pernah diungkitkan oleh mana-mana pihak. Hal berkaitan sisi gelap hidup Tiz sering hadir di kotak informasi kami. Benar atau tidak itu perlunya kami bertanya kepada empunya badan. Tapi persoalan itu bagaikan terkunci dari mulut kami apabila bertemu denganya baru baru ini. Tapi kami yakin akan suatu hari nanti hal ini akan dibangkitkan oleh pihak lain pula. Ok. Lupakan hal itu kerana Tiz yang kami temui, memberitahu dia kini sebahagian keluarga Oh My English bagi musim ke 2 yang bakal bersiaran tidak lama lagi "Seronok dan rasa sangat enjoy dapat join Oh My English kali ini. Untuk musim yang ke 2 ni Tiz akan bawa watak sebagai seorang cikgu yang bernama Ayu dan akan muncul hanya untuk 10 episod sahaja." Jelas Zaqyah Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !! |
Hati <b>Tiz Zaqyah</b> Kini Kembali Berbunga Bersama Daniel Haziq | Posted: 13 Feb 2013 01:48 AM PST Patutlah Abang Nara nampak Tiz Zaqyah semenjak dua ini begitu ceria sekali di dunia Internet. Rupa-rupanya hati Tiz sedang berbunga-bunga kembali dilamun cinta dengan rakan sekolah menengahnya yang dikenali dengan nama Daniel Haziq. Memang kacak orang yang berjaya mencuri hati Tiz Zaqyah ini (walaupun masih tidak sekacak Abang Nara). Berkata kepada Harian Metro hari ini, Tiz menafikan yang dia pernah bercinta monyet dengan Daniel Haziq ketika di alam persekolahan dahulu.
Kepada Daniel Haziq, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dikebas orang. Lebih-lebih lagi kalau orang itu ialah Tiz Zaqyah yang memang diakui kecantikannya di seantero Malaysia. Lagi 2 keping gambar Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq dengan membaca entri ini sepenuhnya. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Tiz Zaqyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan