Fizz Fairuz - Google Blog Search |
- <b>Fizz Fairuz</b> Larikan Diri Dari Pihak Media? Tidak Percaya <b>...</b>
- <b>Fizz Fairuz</b> Terus 'Lari', Bengang Tidak Tercalon ABPBH 2012? |
- <b>Fizz Fairuz</b> Minta Maaf Kepada Almy Nadia & Mengaku Sudah <b>...</b>
<b>Fizz Fairuz</b> Larikan Diri Dari Pihak Media? Tidak Percaya <b>...</b> Posted: 13 Feb 2013 10:02 PM PST Ramai yang terkejut dengan berita pertunangan Fizz Fairuz dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar, dan nyata ia mengejutkan Almy Nadia yang hanya mengetahui tentang perkara tersebut melalui Internet.
Mungkin anda pernah dengar tentang hadith yang menyatakan Rasulullah menyatakan 'rahsiakan pertunangan', namun ahli agama Islam sepakat yang hadith tersebut dhaif, oleh sebab itu perkara itu perlu dilakukan mengikut kebiasaan masyarakat. Akashah juga turut memberikan pendapat tentang perbuatan Fizz yang menyarung sendiri cincin ke jari tunangnya.
Dalam pada itu, ramai wakil media yang telah cuba menghubungi Fizz untuk mendapatkan penjelasan beliau sendiri tentang pertunangannya, namun panggilan dibiarkan tidak berjawab walaupun diterima oleh telefonnya. Dia juga dikatakan tidak membalas SMS dari wakil-wakil media. Ramai peminat menganggap perbuatan Fizz tidak jujur, terutamanya kepada Almy Nadia, sedangkan pada November lepas Fizz mengakui hubungan mereka tetap baik sahaja. Fizz juga dinyatakan tidak percaya bagaimana berita pertunangannya boleh 'bocor'. Itu yang membuatkan kami tidak percaya: bagaimana dia tidak percaya berita pertunangannya boleh 'bocor', kerana hampir tidak ada apa-apa yang dapat disembunyikan dalam dunia digital, di mana semua orang ada akses untuk merakam dan menyebarkan setiap detik dalam hidup mereka melalui media sosial, apatah lagi majlis pertunangan seorang selebriti. Mungkin seseorang perlu beritahu Fizz, ini bukan lagi dekad 90-an. Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Fizz Fairuz</b> Terus 'Lari', Bengang Tidak Tercalon ABPBH 2012? | Posted: 17 Feb 2013 05:01 PM PST Sepanjang minggu lepas, heboh juga kisah pertunangan mengejut pelakon Fizz Fairuz dengan seorang wanita dari Kuantan, Pahang. Yang nyata tunangannya bukanlah Almy Nadia, pelakon yang sudah tujuh tahun bercinta dengannya sebelum ini. Beberapa media telah menyatakan yang Fizz dukar dihubungi dan tidak mahu memberi kerjasama untuk menerangkan tentang pertunangannya yang mulanya dibuat secara diam-diam. Malah ketika dihubungi wartawan Melodi TV3 semalam, Fizz memberikan alasan yang dia tidak dengar suara pemanggil kerana 'telefonnya rosak'. Laporan di Harian Metro sebelum ini juga ada menyatakan yang Fizz bengang kerana tidak tercalon untuk ABPBH 2012. Dalam Bi-pop semalam pula, Fizz dikatakan turut berkelakuan seolah-olah ingin 'melarikan diri' sebelum ini apabila ditanya sama ada benar dia bengang dirinya tidak dicalonkan untuk ABPBH 2012. Almy melalui pelbagai sumber berita menyatakan dia tidak mahu memberikan kenyataan selagi Fizz sendiri tidak memberikan kenyataan. Melalui portal Murai, Almy menyatakan dia tidak mahu bercakap banyak kerana Fizz kini tunangan orang dan dia juga berharap Fizz berbahagia dengan pilihannya.
Almy juga ada menyatakan yang dia mahu fokus lebih kepada anak angkat dan kerjaya seninya sahaja selepas ini. Selamat maju jaya diucapkan pada Almy. Manalah tahu Almy akan tercalon ABPBH tahun depan pula, kan? Tuhan maha kaya. Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Fizz Fairuz</b> Minta Maaf Kepada Almy Nadia & Mengaku Sudah <b>...</b> Posted: 19 Feb 2013 05:47 PM PST Susulan daripada kes pertunangan secara senyap-senyap oleh pelakon terkenal Fizz Faiuz pada 10 Februari lalu, akhirnya pelakon ini tampil kepada pihak media bagi menjelaskan segala-galanya. Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Fizz Fairuz mengaku bahawa hubungannya bersama wanita yang dikenali sebagai Azlyn Massiela kini telah berakhir kerana merasa tertipu apabila mengetahui status sebenar wanita tersebut. "Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang. "Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut dan menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu lalu" Berikutan daripada kontroversi tersebut, Fizz turut memohon maaf kepada Almy Nadia secara terbuka. "Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni. "Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang." Sumber : Harian Metro |
You are subscribed to email updates from Fizz Fairuz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan