Diana Danielle - Google Blog Search |
<b>Diana Danielle</b> Dijangka Bersalin 15 Julai 2013 – Farid Kamil | Posted: 10 Jun 2013 12:09 AM PDT Akhirnya Farid Kamil memberikan reaksi berhubung khabar yang isterinya Diana Danielle telah bersalin penghujung Mei lepas. Melalui media Keek MIG Online, Farid Kamil berkata Diana sedang berada dalam fasa matang kehamilan dan dijangka bersalin 15 Julai ini dalam satu rakaman video pendek: Menurut Farid Kamil:
Diharap dengan kenyataan Farid ini jelaslah semuanya ya. Kita tunggu saja perkembangannya nanti, semoga dipermudahkan. Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Diana Danielle</b> Selamat Melahirkan Anak Lelaki di Australia? | Oh <b>...</b> Posted: 09 Jun 2013 01:48 AM PDT Tahniah kepada pelakon dan pengarah popular, Farid Kamil jika benar isterinya Diana Danielle telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki sekitar hujung Mei 2013 lalu. Farid Kamil atau Diana sendiri juga tampak tidak langsung menulis sebarang perkembangan tentang kelahiran anak mereka (jika betul) sebelum ini yang menjadikan hal ini satu tanda tanya. Berita ini mula tersebar apabila akhbar KOSMO! antara tabloid terawal yang melaporkan berita ini. Menurut laporan tersebut, Diana telah melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital berdekatan tempat tinggal Diana di Sydney, Australia. Tapi dari semakan kami, KOSMO telahpun menarik balik berita tersebut dan tindakan tersebut amatlah menghairankan. Apapun Farid Kamil pada hari ini juga kebetulan berkongsi gambarnya mendukung seorang bayi lelaki di Instagram yang tidak diketahui ianya anak dia atau anak siapa. Apapun lantaklah apa orang nak kata pun, yang penting kalau berita ini betul pun syukurlah Diana telahpun selamat melahirkan cahaya mata. Untuk makluman, pasangan ini bernikah pada 3 November 2012 lalu dan dua minggu selepas itu Diana mengumumkan bahawa dirinya telahpun mengandung. Artikel perkahwinan mereka ada kami coretkan di sini. Apapun sebarang perkembangan lain akan kami maklumkan untuk mengesahkan berita ini benar atau tidak. UPDATE: Dari penjelasan beberapa pihak yang mengikuti perkembangan Farid & Diana, menurut mereka bayi yang diupload ke Instagram Farid Kamil adalah anak buahnya dan bukan anaknya sendiri. Jadi artikel yang menjadi tanda soal ini terjawab (jika benar) bahawa Diana Danielle masih belum bersalin lagi dan dijadualkan bersalin pada buan hadapan. Tapi agak menghairankan kenapa baru hari ini Farid nak upload gambar dengan caption "welcome to the world my boy" sedangkan dah 2 minggu anak saudaranya lahir. Apapun diharapkan artikel ini menghentikan desas-desus dan kata-kata yang tidak baik seperti yang tersebar sebelum ini. |
You are subscribed to email updates from Diana Danielle - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan