Nuffnang

Rabu, 12 Jun 2013

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Elfaeza Ul Haq Berpasangan Dengan <b>Sharnaaz Ahmad</b> - Gua.com.my

Posted: 26 May 2013 06:32 PM PDT

Gadis ini mula dikenali selepas membintangi drama hit adaptasi novel, 'Adam & Hawa'. Gandingan beliau bersama Nadiya Nissa, Aaron Aziz dan Dazrin Kamarudin sememangnya menjadi, sekaligus melonjakkan namanya. Pelakon kelahiran Singapura ini tidak duduk diam apabila terus ditawarkan berlakon oleh pengarah tempatan.

"Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat-sangat kerana mereka bagi saya banyak peluang lakonan. Saya boleh terus asah bakat lakonan saya dan maju ke hadapan. Buat pertama kalinya saya akan menggalas watak utama untuk drama TV3 bagi slot Azalea. 'Iman Nabila' terbitan Suhan Movies ini akan menggandingkan saya dan Shahrizal Jaszle," ujarnya yang ditemui di majlis Amazing Red Kebaya & Kurung di The Weld.

Selain itu, Elfaeza juga bakal muncul dalam beberapa buah drama lagi termasuklah siri komedi 'Ohsem Muzik Group' yang bakal menemui penonton TV3 Ramadhan ini. Kongsi Elfaeza lagi, drama ini memberikan kepuasan berbeza apabila dia seronok beraksi bersama-sama Black Mentor, Anas Mentor, Amir Jahari, Amyza Adnan dan ramai lagi.

Elfaeza juga turut berkongsi pengalamannya berlakon bersama pelakon berbakat Sharnaaz Ahmad. Diam tak diam, mereka sebenarnya berkongsi sesuatu yang sama. Apatah lagi, Elfaeza juga akan digandingkan bersama Sharnaaz untuk satu sesi fotografi.

"Sebenarnya sekarang kerjaya seni saya diuruskan insan yang juga menguruskan Sharnaaz Ahmad. Baru sebulan saya bernaung di bawah pengurusan yang baru ini. Saya dan Sharnaaz bakal muncul Jun ini dalam drama 'Mukhlis' yang akan ditayangkan di RTM.

Sejujurnya saya dan Sharnaaz hanya kenal sebagai rakan sekerja sahaja. Dia seorang yang tak sombong di lokasi. Alhamdulillah, sepanjang pengambaran 'Mukhlis' kamisentiasa berkerjasama dan bantu satu sama lain untuk jayakan watak yang diamanahkan. Walaupun berkongsi pengurus yang sama, kami jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja," jelas gadis berusia 27 tahun ini.

Pernah putus cinta kira-kira lima tahun lalu, Elfaeza tidak menolak seandainya dijodohkan dengan mereka yang juga berada dalam industri hiburan. Berserah kepada qada' dan qadar, Elfaeza menyerahkan segala-galanya kepada takdir. Misinya kini hanya satu, mahu mengukuhkan kerjaya dan menjadi seorang pelakon berbakat dan disegani.

Mengakui masih lagi solo, Elfaeza sekarang menumpukan perhatiannya kepada kerjaya. Jelasnya, dia kini sedang berkerja keras bagi mengumpul duit buat persiapan Aidilfitri nanti. Dek kesibukan kerja yang melanda, dia jarang sekali pulang ke kampung halamannya untuk bercuti.

"Baru-baru ini adalah saya balik sekejap. Itu pun sehari sahaja untuk menghadiri majlis cukur jambul anak buah saya. Tak lama lagi dah nak raya, jadi kenalah kumpul duit lebih sikit untuk diberi kepada anak buah,"akhiri Elfaeza yang mempunyai darah kacukan Pakistan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan