Nuffnang

Rabu, 12 Jun 2013

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


<b>Misha Omar</b> Tangguh Perkahwinan Ke Tahun 2014 | - Beautifulnara

Posted: 17 Apr 2013 07:04 PM PDT


Wow. Mati-mati Abang Nara ingatkan Misha akan tamatkan zaman daranya pada tahun ini, rupa-rupanya majlis perkahwinannya telah ditangguhkan ke tahun 2014. Tak dapatlah nak tengok betapa berserinya Misha dan tunangnya, Firos di atas pelamin tahun ini.

misha omar

Misha dan Firos telah bertunang pada 20 Februari 2013. Mengikut perancangan, mereka hanya bertunang untuk tempoh masa setahun. Namun manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Kata Misha kepada portal Murai:-

Tahun ini saya sangat sibuk, bayangkan jadual saya penuh sehingga Ogos, tapi tak akan nak kawhin bulan puasa pula kan? Jadi jangan tanya mengenai kahwin dahulu buat masa ini. Sebenarnya kami sudah tangguh sekali dan sepatutnya September tahun lalu.Tapi waktu itu tunang saya belum habis peperiksaan sebelum mendapat lesen untuk mengendalikan pesawat Airbus. Jadi insyAllah, kami akan membuat keputusan untuk berkahwin pada tahun hadapan iaitu 2014

misha firosDah sibuk nak buat macam mana kan? Mungkin Misha boleh tetapkan satu tarikh dan kosongkan jadual agak majlis perkahwinannya boleh dilangsungkan. Jangan tangguh lama-lama. Tak manis dipandang orang dan takut semakin tinggi cabaran yang mendatang. Semoga cepat-cepat dapat kahwin.

edz

P.S: Bergaya anggun ke majlis tertentu dengan memakai 2-piece Peplum Dress daripada EDZ. Material yang berkualiti, dijahit teliti menghasilkan dress yang sangat cantik. Lawati www.edz.com.my / Facebook: www.facebook.com/eightdesigns / Instagram: edzmalaysia

Baca Yang Ini Pulak:-


(VIDEO)Nazim Othman Dalam Video Muzik Rasmi <b>Misha Omar</b> <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2013 05:06 PM PDT


Lagu hit terbaru Misha Omar, Angin Syurga sememangnya membuai perasaan. Apatah lagi menonton video muzik rasminya yang menampilkan pelakon kacak, Nazim Othman. Pada pendapat kami mood video ini sesuai sekali dengan liriknya, namun ia mengingatkan kami pada video muzik "She's All I Ever Had" dendangan Ricky Martin terutamanya dari segi jalan cerita.




Untuk makluman anda, video ini baru saja dikeluarkan semalam di rangkaian Vevo Misha Omar. Jom layan video yang cantik ini untuk mulakan hari anda.
***

Adakah anda masih ingat dengan Pertandingan Gubahan Lagu Rakyat yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) pada tahun lepas?

Pemarkahan telah dibuat dan pemenang-pemenang telah dipilih. Mereka akan diumumkan di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Gubahan Lagu Rakyat yang akan diadakan di Pentas Bergerak, Perkarangan Panggung Bandaraya pada 13 April 2013 (Sabtu) mulai jam 8.00 malam. Sememangnya Malaysia tidak tandus dengan penggubah lagu berbakat! Jom rasakan debaran pengumuman pemenang bersama kami di sana nanti!

Baca Yang Ini Pulak:-


12 GUA : <b>Misha Omar</b> Tak Suka Lipat Kain - Gua.com.my

Posted: 27 May 2013 09:00 AM PDT

Penyanyi dan pelakon dari Kota Bharu, Kelantan, Misha Omar, berkongsi 12 perkara menarik mengenai dirinya untuk pembaca-pembaca GUA. Jom kita tengok apa yang menarik mengenai personaliti ini!

1. Mudah ketawa jika ada perkara yang lucu atau menggelikan hatinya.

2. Senang tertidur. Kalau masuk dalam kereta sekejap pun, dia boleh tidur dan melelapkan matanya.

3. Suka menyanyi di bilik air dan di 'basement' kompleks membeli belah jika tiada orang berdekatan.

4. Seorang yang kuat makan tetapi tidak makan durian. Misha yang tinggal bersama adik beradiknya yang lain akan menyuruh adik beradiknya makan durian di luar rumah jika mereka membeli raja buah itu.

5. Misha menyatakan yang dia adalah seorang 'potato couch'. Dia suka menonton TV dan kadang-kadang dia akan menonton DVD bersama keluarganya sambil makan aiskrim!

6. Lebih senang mengenakan cermin mata apabila tiada urusan kerja. Jika ada undangan persembahan nyanyian ataupun lakonan, barulah dia akan mengenakan kanta lekap.

7. Jarang mengenakan solekan. Jika ingin keluar rumah, dia hanya mengenakan bedak nipis dan pengilat bibir sahaja.

8. Takut dan geli dengan ular, tikus, cicak dan lipas. Kalau terjumpa binatang-binatang ini, Misha yang akan lari seperti lipas kudung!

9. Suka duduk di rumah jika ada masa terluang. 'Homely type' rupanya Misha Omar ni!

10. Tidak suka melipat kain. Misha boleh membasuh, menyidai dan menggosok pakaian, namun apabila tiba masanya untuk melipat kain, dia akan serahkan tugas itu kepada kakaknya, Mimie Omar.

11. Di zaman sekolahnya, Misha mengakui penampilannya agak tomboi. Kulitnya juga agak gelap dan berjerawat. Misha anggap  dirinya merupakan remaja yang tidak cantik sewaktu zaman persekolahan dahulu.

12. Misha menganggap pertunangannya dengan Firos Ezzwan Rossly telah membuka salah satu misteri tentang hidupnya memandangkan ramai yang berteka-teki tentang status dirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan