Syamsul Yusof - Google Blog Search |
- <b>Syamsul Yusof</b> & Ammar Alfian Hampir Bertumbuk Kerana Puteri <b>...</b>
- Puteri Sarah Liyana Sedang Bercinta Dengan <b>Syamsul Yusof</b> <b>...</b>
- Hampir Bertumbuk: <b>Syamsul Yusof</b>, Ammar Alfian Kini Telah <b>...</b>
<b>Syamsul Yusof</b> & Ammar Alfian Hampir Bertumbuk Kerana Puteri <b>...</b> Posted: 27 May 2013 04:41 AM PDT Wow. Memang agak terkejut Abang Nara membaca artikel Berita Harian semalam. Mana tidaknya, Syamsul Yusof dan Ammar Alfian dilaporkan hampir bertumbuk di dalam satu pertemuan di Publika pada 18 Mei lalu. Puncanya? Tidak lain tidak bukan mengenai Puteri Sarah Liyana. Umum mengetahui Ammar Alfian sebelum ini menuduh Syamsul Yusof mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana. Namun begitu, Syamsul Yusof menafikan perkara tersebut menerusi satu kenyataan di Facebooknya. Pertemuan di Publika ini telah dirancang oleh Syamsul untuk menyelesaikan permasalahan dan persengketaan yang wujud di antara mereka berdua kerana Puteri Sarah. Ketika pertemuan tersebut, Ammar Alfian tidak dapat mengawal sikap panas barannya dan hampir sahaja menumbuk kerana Syamsul tidak mengakui yang dirinya bercinta dengan Puteri Sarah. Namun keadaan tegang itu berjaya diredakan oleh sepupu Syamsul Yusof dan wartawan Berita Harian, Zubir yang turut berada di situ. Syamsul Yusof dan Ammar Alfian akhirnya berdamai apabila Syamsul mengakui yang dia sedang berkawan dengan Puteri Sarah. Syamsul turut sama menghulurkan tangan untuk bersalaman tanda pendamaian. Ammar menerima salam tersebut dan mengakui kesilapannya menyerang Syamsul dan Sarah menerusi Twitter. Kedua-duanya turut bersetuju untuk tidak memanjangkan kontroversi ini. Agak memalukan juga sebenarnya jika Syamsul dan Ammar benar-benar bergaduh kerana Puteri Sarah. Tidak berbaloi di mata Abang Nara untuk cedera hanya kerana seorang wanita. Nasib baiklah kesemuanya berakhir dengan baik. Semoga selepas ini Syamsul dan Ammar akan menjalani kehidupan dengan tenang. Jangan hanya kerana seorang wanita, maruah seorang lelaki boleh jatuh. Tak gitu? P.S: Dah banyak mencuba produk penjagaan kulit tetapi masih tidak berjaya mendapatkan wajah berseri? Cubalah FCC skincare yang pasti memberikan anda kulit yang "Bright, Beautiful, Clear, Confident". Dijamin halal dan terbukti sudah berkesan kepada ribuan pengguna. LIKE Facebook FCC sekarang untuk informasi lanjut. Baca Yang Ini Pulak:- |
Puteri Sarah Liyana Sedang Bercinta Dengan <b>Syamsul Yusof</b> <b>...</b> Posted: 28 Apr 2013 07:36 PM PDT Tak tahu sama ada Ammar Alfian sedang kecewa sehingga membuat dakwaan sebegini ataupun memang perkara ini sedang berlaku. Berkata kepada MStar Online, Ammar memberitahu yang bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana sedang bercinta dengan pengarah hebat, Syamsul Yusof. Menurut Ammar, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sudah menjalinkan hubungan cinta sejak Oktober tahun lalu sedangkan mereka berdua berpisah pada bulan Disember. Kata Ammar:-
Setahu Abang Nara, Syamsul Yusof sekarang ini sedang sibuk dengan kerja menyunting filem KL Gangster 2 di Bangkok. Rasanya macam tak ada masa je buat Syamsul untuk bercinta. Lagipun Syamsul sebelum ini sudah pun mengaku yang dirinya mempunyai seorang kekasih bukan daripada kalangan artis. Jadi adakah ini propa daripada Ammar Alfian semata-mata? P.S: Ada Cara Berhenti Merokok Paling Mudah?? KLIK GAMBAR INI Baca Yang Ini Pulak:- |
Hampir Bertumbuk: <b>Syamsul Yusof</b>, Ammar Alfian Kini Telah <b>...</b> Posted: 26 May 2013 06:47 PM PDT Seperti adegan drama minggu ini pula kami baca tulisan wartawan sensasi Berita Harian, Zubir Mohd Yunus tentang pertemuan antara dua pelakon yang terlibat dengan sengketa kerana seorang wanita. Pada 18 Mei 2013 yang lalu, Ammar Alfian & Syamsul Yusof telah bersetuju untuk bersemuka sekitar 2.30 pagi di sebuah restoran di Publika untuk menyelesaikan masalah yang melanda mereka berdua. Menurut laporan, berlaku provokasi antara mereka berdua selain bertikam lidah tentang isu Ammar Alfian mendakwa yang bekas kekasihnya Puteri Sarah Liyana menjalin hubungan cinta dengan Syamsul Yusof. "Keadaan semakin tidka terkawal apabila Ammar dilihat tidak mampu mengawal sikap baran apabila Syamsul tidak mahu mengaku dia & Sarah adalah pasangan kekasih," tulis Zubir semalam. Ammar Alfian juga di'khabarka hampir hampir melepaskan satu tumbukan ke muka Syamsul Yusof di'saat keadaan tegang itu sebelum di'leraikan oleh sepupu Syamsul Yusof & Zubir sendiri. "Tidak lama kemudian, Syamsul menghulurkan tangannya terlebih dulu untuk berjabat dengan Ammar, sekali gus mengakui dia & Sarah memang berkawan. Sebaik mendengar pengakuan itu, Ammar turut mengakui kesilapannya menyerang pengarah popular itu menerusi Twitter" Zubir dalam tulisan beliau semalam turut menyebut yang Puteri Sarah Liyana ada bercerita kepada rakan rakanya yang beliau & Syamsul Yusof bakal berkahwin pada hujung tahun ini sempena ulangtahun kelahirannya. |
You are subscribed to email updates from Syamsul Yusof - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan