Nuffnang

Isnin, 15 Julai 2013

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Alyah</b> Suruh Tanya Dato&#39; Ramli MS - Gua.com.my

Posted: 11 Jul 2013 09:00 AM PDT

Belum reda konflik dengan akhbar Utusan Malaysia, penyanyi popular, Alyah dilanda pula dengan kontroversi kononnya dia sudah berkahwin secara senyap dengan Dato' Haji Ramli MS. Dalam ruangan gosip sebuah portal hiburan, Alyah dikatakan sudah mendirikan rumahtangga dengan Dato' Ramli MS kira-kira dua bulan lalu iaitu selepas dia pulang dari menjalani ibadah umrah.

Menurut portal tersebut lagi, Alyah kini sudah menetap di kediaman pengarah muzik terkenal itu di Bandar Kinrara, Puchong. Bagi mendapatkan kesahihan mengenai gosip ini, GUA cuba mendapatkan penjelasan dari empunya badan sendiri dan ini jawapan Alyah.

"Saya dah penat nak bagi sebarang komen. Bila cakap, asyik saya saja yang kena. Apa-apa awak tanyalah dengan Dato' Ramli MS sendiri," ujar Alyah kepada GUA.

Alyah juga berharap agar semua pihak dapat menghormati serta memberi ruang kepadanya kerana buat masa ini dia mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya seninya. Alyah kini sibuk menjalani rakaman lagu patriotik bersama Orkestra Filharmonik Malaysia selain bakal terlibat dengan rakaman sebuah program Raya, Stailista Unplugged untuk TV9.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan