Nuffnang

Isnin, 15 Julai 2013

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


<b>Dayang Nurfaizah</b> Rai Anak-Anak Yatim - Gua.com.my

Posted: 11 Jul 2013 03:32 PM PDT

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, penyanyi popular Dayang Nurfaizah bersama-sama dengan Hotel Prince Kuala Lumpur telah berkolaborasi menjayakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim daripada Persatuan Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKMM) pada Khamis.

"Alhamdulillah sekali lagi pada tahun ini Dayang dapat membuat aktiviti kebajikan bersempena dengan bulan Ramadhan.  Terima kasih juga kepada Hotel Prince, Kuala Lumpur kerana sudi bekerjasama dengan Dayang untuk menjayakan majlis pada hari ini," ujar Dayang  ketika ditemui selepas majlis selesai.


Pada setiap tahun acara seperti ini merupakan acara rutin bagi Dayang kerana baginya kanak-kanak ini sungguh istimewa dan patut diraikan kerana mereka ini adalah insan-insan istimewa yang akan menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan.

"Setiap tahun Dayang akan mengadakan majlis berbuka puasa dengan persatuan ini kerana bagi Dayang mereka ini merupakan sebahagian daripada kehidupan Dayang dan ada di antaranya sudah Dayang kenali sedari awal lagi kerana pada tahun-tahun sebelum ini mereka juga telah diundang ke majlis seperti ini. Kanak-kanak ini perlulah diberi perhatian kerana mereka ini lah yang akan menjadi pewaris kepada bangsa kita suatu hari nanti," katanya kepada GUA.

Pada Majlis itu juga Dayang sempat menghiburkan tetamu dengan menyanyikan beberapa buah lagu antaranya ialah 'Seandainya Masih Ada Cinta', dan beberapa buah lagu raya. Dalam masa yang sama, Dayang juga turut dikejutkan dengan sambutan ulangtahunnya yang ke-32 tahun yang diraikan lebih awal dari tarikh lahirnya yang sebenar iaitu pada 20 Julai ini.

Acara Iftar Amal Bertukar Majlis Harijadi <b>Dayang Nurfaizah</b>

Posted: 12 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2013: Seawal 2 Ramadan lagi penyanyi Dayang Nurfaizah atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32 , sekali lagi tidak terlepas untuk menjayakan acara amal untuk golongan yang tidak bernasib baik.

Program Corporate Social Responsibility atau (CSR) ini melibatkan Prince Hotel & Residences KL bersama Dayang Nurfaizah dan kolaborasi untuk satu malam amal berbuka puasa ini telah menyaksikan bagaimana penyanyi ini meraikan para penghuni rumah kebajikan terpilih di bawah seliaan Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) pada malam tadi.

Namun dalam kemeriahan majlis berbuka tersebut, Dayang yang asyik menghiburkan hadirin telah menerima kejutan daripada peminat dan juga ahli keluarga yang hadir. Penyanyi dari Bumi Kenyalang ini telah diraikan kerana dia bakal menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 32 tahun pada 20 Julai ini.

Dayang yang pada malam itu tampil ringkas dan sopan dengan hanya mengenakan sepasang kurung hitam telah ditemuramah media yang hadir usai berakhirnya majlis berbuka puasa itu. Masih diasak soalan mengenai isu kahwin, Dayang memilih untuk bercakap mengenai wishlist yang ingin dilakukan setelah menjejak umur 32 tahun.

"Kahwin? Kalau soalan kahwin jawapan masih sama, tolonglah carikan calon untuk Dayang. Dayang ini pemalu, tak pandai nak mengorat orang. Cakap pasal wishlist untuk saya setelah memasuki usia 32 tahun, kebanyakannya daripada segi kerjaya Dayang. Antaranya album serta sebuah konsert yang berskala besar khas untuk peminat Dayang. Sebelum ini hanya showcase sahaja mampu Dayang tampilkan kepada peminat.

"Kalau mengenai diri sendiri, Dayang sekarang tengah seronok untuk pergi berjalan-jalan. Sekarang baru dapat sedikit masa untuk berehat, bercuti dan melihat tempat orang. Ada juga beberapa tempat yang dah Dayang pergi dengan keluarga.

"Ini sajalah masa yang ada untuk saya berehat dan memperuntukkan masa berkualiti bersama keluarga," ujar Dayang ketika hadir bersama ahli keluarganya di majlis itu.

Dayang yang kini meletop dengan soundtrack atau lagu tema bagi drama bersiri Dahlia di Mustika HD iaitu Bisikan Rinduku sedang mengumpulkan material baru untuk albumnya yang ke 9 itu. Ratu soul dan R&B Malaysia ini turut mendendangkan lagu terbarunya itu di samping sebuah lagu raya iaitu Hari Mulia, Dayang Sayang Kamu dan Seandainya Masih Ada Cinta.

Majlis pada malam itu telah diacarakan oleh hos, Shah Shamsiri ditemani alunan ghazal secara live oleh Seri Nusantara 2 serta aktiviti sampingan lain khas untuk kanak-kanak. Setiap daripada anak-anak yatim ini telah mendapat sumbangan khas berupa beg saguhati serta duit raya oleh Pengarah Urusan Prince Hotel & Residences KL, Tim Quarm bersama Dayang Nurfaizah di atas pentas.

Kepada anda yang ingin menikmati juadah berbuka puasa istimewa dihasilkan Prince Hotel & Residences Kuala Lumpur, makan malam buffet 'Balik Kampung' ini boleh anda nikmati sepanjang Ramadan ini bermula jam 6.30petang. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi hotel di talian 03-2170 8888.

<b>Dayang Nurfaizah</b> Inginkan Anak, Serah Jodoh Pada Takdir <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2013 05:34 PM PDT

Penyanyi pop RnB Malaysia, Dayang Nurfaizah ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Hotel Prince Kuala Lumpur, telah memberitahu dia menginginkan seorang anak memandangkan usianya kini telah memasuki 32 tahun.

"Sebenarnya bila melihat kanak-kanak ini hati saya tersentuh dan kerana itulah saya juga teringin untuk mempunyai seorang anak. Tetapi saya juga tidak nafikan bahawa memelihara dan menjaga seorang anak bukanlah tugas mudah kerana seseorang itu perlu lah bersedia dari segi mental dan fizikal kerana memikul tugas sebagai seorang ibu memerlukan komitmen yang tinggi," katanya.

Apabila mempersoalkan mengenai teman atau kekasih hati, Dayang masih lagi memberikan jawapan yang sama apabila dia ternyata masih tidak mempunyai kekasih hati meskipun usianya kini sudah mencecah 30 an. Malah dia sendiri sudah lali apabila diajukan soalan ini kepadanya.

"Saya tidak tahu lagi apa yang hendak diperkatakan apabila soalan ini sering diajukan kepada diri saya. Jawapannya mudah, saya masih bersendirian dengan erti kata lain saya masih bujang dan tidak mempunyai mana-mana kekasih. Saya akui di usia sebegini sudah semestinya saya mempunyai teman lelaki, tetapi apa yang saya boleh buat, jodoh saya masih belum ada. Saya hanya boleh berdoa dan menyerahkan takdir saya pada Illahi," ujarnya.

Dayang yang mengakui sifatnya yang agak pemalu sejak dari kecil membuatkan dirinya sukar untuk bersosial dan mengenali dengan mana-mana lelaki sehingga kini.

"Saya agak pemalu, dan disebabkan itulah saya masih belum mempunyai teman lelaki atau pun mana-mana kawan lelaki. Sejujurnya sejak dari sekolah lagi saya begini, tidak mempunyai kawan lelaki dan tidak mempunyai teman yang rapat. Tetapi apabila seseorang itu sudah mengenali saya, mereka akan memberikan tanggapan yang berlainan kerana saya sebenarnya mudah mesra dan tidak sombong seperti apa yang diperkatakan oleh orang selama ini," ujarnya mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan