Nuffnang

Isnin, 15 Julai 2013

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


<b>Kilafairy</b> Nafi Bercinta Dengan Pelakon Indonesia – Perak Today

Posted: 10 Jul 2013 09:49 PM PDT

BH_21194286

Kesempatan bertemu dengan pelakon cantik Kilafairy telah memberi peluang kepada GUA untuk mendapatkan penjelasannya berhubung spekulasi yang mendakwa dia menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon tampan dari Indonesia, Hardy Hartono.

"Sebenarnya saya dan dia hanyalah kawan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kmai berkenalan secara tidak sengaja apabila dia meminta no pin BBM (Blackberry Messenger) saya melalui jurumekap setelah dia melihat wajah saya di akhbar. Buar masa sekarang, saya tidak pernah ada apa-apa perasaan terhadap dirinya memandangkan saya dan dia sendiri tinggal di dua negara yang berbeza dan masing-masing sibuk dengan kerjaya.

Jadi saya rasakan dengan umur saya yang masih muda ini, tidak perlulah saya memikirkan soal percintaan kerana banyak lagi  perkara yang harus saya fikirkan. Saya harus fokus pada kerjaya dahulu," ulasnya Kila yang ditemui di sesi rakaman program Raya, Karok Raya, terbitan RTM pada Isnin.

Bagaimanapun, Kila tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan jodohnya bersama aktor tampan itu.

"Saya tidak menolak sekiranya jodoh saya bersama dia, tetapi berharap bukanlah dalam jangka masa terdekat ini. Seperti apa yang saya katakan tadi, umur saya masih muda dan banyak lagi perkara yang harus saya pelajari dan saya berharap biarlah saya sukses dahulu dengan kerjaya," ujar Kila  kepada GUA.

Sementara itu, Kila yang baru pulang dari Australia turut berkongsi cerita tentang bisnes butik online yang diusahakan bersama kakaknya.

"Alhamdulillah, bisnes saya itu mendapat sambutan yang begitu baik di kalangan pelanggan dan banyak juga tempahan yang kami terima sepanjang musim perayaan ini," ujar Kila.

- gua.com.my -

http://www.gua.com.my/berita-artis/Kilafairy_Nafi_Bercinta_Dengan_Pelakon_Indonesia.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan