Nuffnang

Isnin, 15 Julai 2013

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


<b>Fasha Sandha</b> Jaga Batas Berlakon Bersama Aaron Aziz Demi <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2013 10:24 PM PDT

ohartis-fasha-sandha-aaron-aziz-1

Pelakon Fasha Sandha yang baru sahaja kembali ke set pengambaran selepas berpantang melahirkan anak pertamanya Putra Rayfal berkata dia akan menjaga batasnya ketika berlakon bersama pasangannya, Aaron Aziz demi menjaga hati suaminya.

"Kami tidak kekok ketika melakonkan babak cinta tapi ada hadnya lah untuk babak intim dan sebagainya kerana kami masing-masing pun sudah ada pasangan (berkahwin)." jelas Fasha Sandha.

Fasha Sandha dan Aaron Aziz digandingkan dalam drama Tentang Hati arahan Feroz Kadir yang turut dibintangi oleh Rusdi Ramli, Anzalna Nasir dan ramai lagi. Drama ini bakal bersiaran di TV2.

"Ini bukan kali pertama saya berlakon dan bekerjasama dengan dia (Aaron Aziz), tapi ini adalah kali kedua selepas filem Evolusi KL Drift — cuma kali ini, kami bergandingan dan menjadi pasangan suami isteri." tambah Fasha.

Menurut Fasha lagi, dia tiada masalah bekerjasama dengan aktor itu memandangkan Aaron seorang pelakon yang sangat bagus. Malah, chemistry antara mereka juga senang untuk diwujudkan kerana masing-masing sudah buat homework berpandukan skrip yang telah diberi terlebih dahulu.

ohartis-fasha-sandha-aaron-aziz-3

ohartis-fasha-sandha-aaron-aziz-2

OHARTIS: SEPATUTNYA JAGA BATAS TAK KIRA DENGAN SESIAPA PUN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan