Nuffnang

Isnin, 15 Julai 2013

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


<b>Scha Al-Yahya</b> Mahu Doa Dapat Zuriat Depan Kaabah | Oh! Artis

Posted: 19 Jun 2013 07:30 PM PDT

ohartis-scha-alyahya-awal-3

Pasangan romantik, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bakal mengerjakan umrah buat kali pertama dalam bulan Ramadhan ini selepas mereka mendirikan rumahtangga. Scha berkongsi perasaan teruja dan takut kerana pertama kali menjejakkan kaki di sana.

Scha yang baru saja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-30 juga mengakui bahawa perkara pertama yang ingin dipohon di hadapan Kaabah untuk dikurniakan zuriat kerana sudah setahun lebih mendirikan rumahtangga namun masih belum dikurniakan cahayamata.

Ditanya bagaimana dia boleh merancang untuk menunaikan umrah, Scha menjawab ianya berlaku secara spontan dan tidak dirancang pada awalnya.

"Satu hari, saya tiba-tiba terdetik untuk mengerjakan umrah dan menyatakan hasrat tersebut kepada dia (Awal). Tanpa banyak soal, Awal bersetuju dan kami terus merancang untuk mengerjakannya bersama pada tahun ini." jelas Scha.

Awal dan Scha kini sedang giat membuat persiapan untuk ke Tanah Suci dengan membeli beberapa buku panduan mengerjakan umrah dan juga bakal menghadiri kursus untuk mendapat gambaran dan sedikit ilmu sebelum menjejakkan kaki ke sana.

ohartis-scha-alyahya-awal-2

ohartis-scha-alyahya-awal-1

OHARTIS: SYUKURLAH PADA ALLAH KERANA MEMBERI PELUANG KEPADA ANDA BERDUA UNTUK MENJEJAKKAN KAKI DI BUMI SUCI ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan