Liyana Jasmay - Google Blog Search |
- <b>Liyana Jasmay</b> tampil memukau dengan legging pants
- <b>Liyana Jasmay</b> Tak Kekok Jadi GF Bront Depan Suami - Murai.com.my
- <b>Liyana Jasmay</b> cemburui Luna Maya – Perak Today
<b>Liyana Jasmay</b> tampil memukau dengan legging pants Posted: 16 Sep 2013 10:27 PM PDT Liyana Jasmay tampil memukau dengan legging pants - Jarang kita dengar tentang kontroversi liar yang mengaitkan Liyana Jasmay sejak dia berkahwin dengan Fathudin Mazlan pada Februari lalu. Khabarnya, pelakon itu semakin matang menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kerana sering ditegur suaminya. Ianya diakui sendiri Liyana ketika ditemubual oleh wartawan Berita Harian semalam. "Sejak berkahwin, saya banyak berubah. Ini kerana ada orang menegur. Suami banyak beri nasihat supaya mengawal percakapan, saya ini memang jenis banyak bercakap." |
<b>Liyana Jasmay</b> Tak Kekok Jadi GF Bront Depan Suami - Murai.com.my Posted: 18 Sep 2013 05:00 AM PDT berita |
Tempatan
Jangan Tak Lihat Teks oleh Syafiqah Jalal KUALA LUMPUR, 19 SEPT 2013: Aktres Liyana Jasmay akui senang hati apabila suaminya, seorang yang bersikap terbuka sewaktu melihat serta menemaninya saat dia membawakan watak sebagai kekasih kepada aktor, Bront Palarae dalam supertelefilem, New York Cinta. Malah, respon positif yang diberikan oleh suaminya itu membuatkan dia selesa berlakon dalam supertelefilem tersebut, sebaliknya Bront Palarae pula yang gementar untuk melakonkan watak sebagai pasangan kekasihnya di dalam upertelefilem tersebut. "Sebenarnya penggambaran New York Cinta ini dijalankan setelah seminggu saya berkahwin. Jadi ketika menjalani penggambaran di New York, suami saya pun ikut sekali kerana ketika itu dia masih bercuti. "Saya tidak punya masalah melakonkan watak sebagai kekasih Bront Palarae di hadapan suami saya kerana saya tahu dia memang bersikap terbuka dan faham akan kerjaya saya. Cuma Bront sahaja akui dia kekok hendak berlakon dengan saya ketika itu. "Mula-mula Bront memberitahu dia gementar kerana suami saya ada bersama-sama ketika kami berlakon dalam supertefilem ini. Namun, setelah dia cuba berbual dan berkenalan dengan suami saya serta selesa berkawan, barulah dia boleh berlakon seperti biasa," katanya kepada murai.com.my selepas prebiu supertelefilem New York Cinta di TGV Sunway Pyramid, baru-baru ini. Selain mereka berdua, New York Cinta yang turut dibintangi oleh pelakon Juliana Evans dan Tom Ward itu sedang ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif bermula 12 September lalu. Mengulas lanjut mengenai supertelefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksinya bersama akaknya, Adriana Jasmay iaitu Mermaid Studios, Liyana Jasmay memberitahu dia tidak menyangka telefilemnya itu akan terpilih untuk ditayangkan di Astro First Eksklusif. "Sebenarnya saya pun tidak sangka apabila pihak Astro memberi ruang pada kami menayangkan New York Cinta di Astro First Eksklusif kerana banyak kriteria penting yang perlu ada untuk menayangkan sesebuah karya di saluran berkenaan. "Kriterianya adalah seperti supertelefilem itu perlu menyerupai karya berbentuk filem. Kami pun tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi terhadap produk terbitan Mermaid Studios yang keempat ini dan hanya sebulat-bulatnya menyerahkan kepada pihak Astro untuk membuat keputusan ," jelasnya lagi. Secara ringkas, New York Cinta yang menjalani penggambaran sebanyak 99 peratus di kota New York itu mengisahkan mengenai Mia (Liyana Jasmay) dan Seth (Bront Palarae) yang bertemu dalam keadaan yang tidak sengaja ketika Mia dalam perjalanan ke New York dari Boston. Sejak itu mereka berhubung dan dalam diam menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain. Walaubagaimana pun timbul pula konflik yang menjadi rintangan hubungan mereka. Ingin tahu kesudahannya? Langgan supertelfilem penuh di Astro First Eksklusif sekarang. Selain New York Cinta antara telefilem lain yang pernah diterbitkan Mermaid Studios adalah Tudung Tweet, Cik Paris Masuk Kampung dan Basikal Pixie. |
<b>Liyana Jasmay</b> cemburui Luna Maya – Perak Today Posted: 12 Sep 2013 06:57 PM PDT TIDAK hanya tertumpu pada lakonan, aktres berbakat besar, Liyana Jasmay, 25, bakal mengembangkan bakatnya dalam bidang pengarahan. Bukan sekadar angan-angan kosong, di usia yang masih muda, pelakon Papadom ini sudah memiliki syarikat produksi sendiri, Mermaids Studio, sebagai langkah untuknya mengembangkan impiannya dalam bidang seni. Malah dalam kesibukannya bergelar isteri, dia turut menjalani kursus jangka pendek dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat, sebagai persiapannya untuk berada di kerusi pengarah. "Saya ingin mencuba (mengarah) tetapi belum tiba masanya lagi. Buat masa ini, saya mahu mendalami lagi selok-belok pengarahan. "Tapi, sebenarnya saya cukup cemburu melihat kejayaan Luna Maya yang berjaya mengarah filem seperti Pintu Harmonika," katanya yang berhasrat untuk mengarah filem dalam tempoh lima tahun akan datang. Menyandang gelaran Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi filem Papadom dan Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi Anugerah Skrin 2009 (Kami The Movie), Liyana juga semakin rancak membina empayarnya menerusi produksinya itu. "Syarikat produksi saya itu baru berusia dua tahun. Masih 'baby' lagi dan banyak yang perlu dipelajari dalam menghasilkan produk yang baik untuk penonton. "Saya teringin bekerjasama dengan Astro suatu hari nanti. Namun apa yang pasti, kami sudah ada beberapa projek sama pada hujung tahun ini atau awal tahun depan," katanya pada media ketika ditemui selepas pelancaran drama bersiri Sahabat. Drama bersiri 36 episod terbitan Suhan Movies itu mengisahkan tentang persahabatan tujuh remaja dalam mengejar impian dan cita-cita. Bakal bersiaran bermula 16 September di Astro Ria, drama ini turut dibintangi Izzue Islam, Sara Ali, Shukri Yahaya dan Syariff Sleeq. Dalam perkembangan lain, Liyana juga sedang menunggu beberapa filem lakonannya yang bakal ditayangkan di pawagam. "Insya-ALLAH, jika tiada halangan Papadom 2 akan ditayangkan pada Disember nanti manakala tiga filem lain iaitu Tokan, Isyarat Cinta dan Sindiket bakal menyusul awal tahun hadapan. "Buat masa ini, saya menghabiskan aktiviti menjalani penggambaran bagi drama bersiri Sahabat," katanya. Suami jadi BFF Setelah enam bulan menjalani kehidupan berumah tangga bersama suami tercinta, Fathudin Mazlan, 29, Liyana, sangat bersyukur kerana dia kini cukup bahagia. Meskipun masih lagi menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru, dia bagaimanapun mengakui ada ketikanya berdepan dengan sedikit kesukaran. "Kami sangat bahagia. Suami saya adalah BFF (best friend forever) saya. Perbezaan paling besar adalah saya sering meminta pendapat suami jika ingin melakukan sesuatu perkara. "Padahal, sebelum ini saya adalah seorang yang sangat susah untuk mendengar pendapat orang lain tetapi kini, kami saling meminta, berkongsi dan mendengar pendapat masing-masing," katanya. Bercerita mengenai Fathudin, pelakon cantik itu memberitahu bahawa suaminya adalah satu anugerah berharga dari ALLAH SWT kerana dia penyokong kuat buat dirinya dalam apa jua bidang yang diceburi. "Bagi saya, perkahwinan itu adalah satu team. Kita mesti sokong di antara satu sama lain seperti ibu saya cakap," katanya sambil tergelak. -SINAR HARIAN |
You are subscribed to email updates from Liyana Jasmay - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan