Zizan Razak - Google Blog Search |
- <b>Zizan Razak</b> Sah Pengacara, AF 2013 Tiada Kelainan? |
- Rasa Kerdil Jika Terpilih Jadi Pengacara AF2013 – <b>Zizan Razak</b> |
- <b>Zizan Razak</b> Akui Kerdil Di Pilih Jadi Pengacara AF 2013 | Oh! Artis
<b>Zizan Razak</b> Sah Pengacara, AF 2013 Tiada Kelainan? | Posted: 08 Sep 2013 05:04 AM PDT Selepas lama berdolak-dalik, akhirnya semalam kemunculan Zizan Razak di Konsert Prelude AF 2013 mengesahkan dirinya adalah pengacara bagi rancangan realiti Astro ini. Memang Zizan nampak agak gementar dan sering tersasul, mungkin Zizan masih tidak dapat membiasakan diri mengacarakan rancangan sebegini secara berseorangan. Apa pun masih banyak boleh diperbaiki oleh Zizan di minggu-minggu seterusnya. Baca Yang Ini Pulak:- |
Rasa Kerdil Jika Terpilih Jadi Pengacara AF2013 – <b>Zizan Razak</b> | Posted: 27 Aug 2013 06:22 PM PDT Abang Nara tiada masalah dengan Zizan Razak. Abang Nara rasa Zizan seorang yang sangat berbakat. Orangnya memang kelakar, spontan dan mampu menarik perhatian penonton. Namun sekiranya Zizan diberikan tugasan untuk menjadi pengacara AF2013, mampukah dia memikul tanggungjawab tersebut? Mungkin juga kerana AF2013 ini akan menampilkan konsep serba baharu, teknik pengacaraannya juga akan berubah. Daripada sering dilanda kesedihan, mana tahu penyingkiran peserta kali ini dipenuhi dengan gelak tawa. Tiada lagi tangisan. Kadang kala Abang Nara menyampah juga tengok budak-budak tue menangis. Sorang-sorang muka sedih macam tak dapat beli aiskrim. Walaupun begitu, sehingga sekarang Zizan tidak membuat kenyataan sama ada dia sudah menerima tawaran untuk menjadi pengacara AF2013. Terpaksalah kita semua menanti. Kata Zizan kepada Mstar Online:-
Selalunya kalau memang sudah disebut-sebut sehingga ke tahap begini, memang betullah orang yang disebut akan menjadi pengacara. Kalau benar, memang rezeki Zizan. Semoga Zizan dapat membawa kelainan dan pembaharuan di dalam AF2013. Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Zizan Razak</b> Akui Kerdil Di Pilih Jadi Pengacara AF 2013 | Oh! Artis Posted: 27 Aug 2013 11:18 PM PDT Pelawak dan pelakon yang namanya kian bersinar Zizan Razak nampaknya bakal menceburkan diri secara dalam bidang pengacaraan apabila ditawarkan menjadi hos rancangan realiti TV, Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang akan bersiaran pada September ini. Namun begitu, Zizan mengakui agak bimbang tidak dapat berikan yang terbaik kerana terasa kurang pengalaman yang cukup untuk mengendalikan rancangan tersebut di tambah pula, pengacara sebelum ini adalah hebat-hebat yang terdiri dari Datuk Aznil Nawawi, Datuk AC Mizal, Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim.
Program AF 2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September depan, diikuti dengan tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013. Manakala konsert pertama akan bersiaran secara langsung setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 14 September depan di Astro Ria. Walau bagaimanapun, Zizan merasa sangat berbesar hati sekiranya pihak produksi memilihnya untuk mengacarakan program tersebut dan berjanji akan menggalas tanggungjawab berkenaan dengan baik.
OHARTIS: TAK SALAH CUBA SESUATU YANG BARU, MANA TAHU BOLEH MENCIPTA NAMA SEBAGAI PENGACARA PULA. |
You are subscribed to email updates from Zizan Razak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan