Scha Alyahya - Google Blog Search |
<b>Scha Al-Yahya</b> menghidap kanser rahim? — KL-TODAY.COM Posted: 22 Sep 2013 08:42 PM PDT Terkejut juga ammboi baca laporan terbaru mengenai isteri kepada pelakon dan pengacara, Awal Ashaari iaitu Scha Al-Yahya. Menurut laporan tersebut, Scha disahkan menghidap kanser rahim atau nama saintifiknya Endometriosis. Penyakit berkenaan dikesan selepas Scha melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada 4 September 2012 lalu. Menerusi laporan Harian Metro, Scha Al-Yahya melahirkan rasa terkejutnya dan tidak menyangka sakit perut melampau yang dialami setiap kali datang bulan berpunca daripada masalah tersebut. "Mulanya saya hanya melakukan pemeriksaan pada 4 September lalu kerana sakit perut kronik apabila datang haid. Keadaan itu bertambah teruk selepas berkahwin hingga terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit. Selepas buat endoskopik, saya disahkan mengidap endometriosis, sejenis ketumbuhan dalam rahim. Biarpun saiznya kecil, ia ada di beberapa tempat seperti jerawat. Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa." "Walaupun terkejut, saya bersyukur sebab tahu awal. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. Awal pun tidak sampai hati lihat saya selalu sakit perut yang kronik setiap kali datang bulan. Doktor tebuk satu lubang di pusat dan dua lagi di tepi perut untuk bersihkan ketumbuhan itu. Syukur pembedahan ini berjaya dan saya dibenarkan keluar hospital pada 7 September lalu." Sumber: ammboi.com |
You are subscribed to email updates from Scha Alyahya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan