Nuffnang

Sabtu, 28 September 2013

siti nordiana - Google Blog Search

siti nordiana - Google Blog Search


<b>Siti Nordiana</b> Nafi Bercinta Dengan Nubhan - MyNewsHub

Posted: 27 Jun 2013 12:05 PM PDT


KUALA LUMPUR – Penyanyi, Siti Nordiana menafikan yang dia ada menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi, Nubhan, sebaliknya mengakui hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan baik.

Siti Nordiana berkata dia tidak terkejut dengan gosip yang mengatakan mereka bercinta kerana mereka sebelum ini sering dilihat bersama lebih-lebih lagi selepas baru sahaja pulang daripada bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu.

"Nubhan adalah kawan baik saya dan kami sudah berkawan rapat sejak lebih setahun yang lalu. Saya selesa berkawan dengannya dan saya tidak terfikir pula mengenai hubungan yang lebih daripada itu iaitu bercinta

"Mengenai percutian di Pulau Perhentian itu, kami membuat keputusan bercuti ke sana selepas dia mengadu terlalu stress dengan kerjanya, apatah lagi dia baru saja selesai menjalani penggambaran drama.

"Jadi kami dan rakan-rakan yang lain dalam 8 orang kesemuanya termasuk pembantu peribadi saya, jurusolek saya, housemate saya beserta dia terus bercadang untuk ke sana (Pulau Perhentian) pada 18 Jun lalu.

"Kami ke sana 3 hari 2 malam dan ingin saya tegaskan sekali lagi bukan berdua sebaliknya bersama rakan-rakan yang lain," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Siti Nordiana diminta mengulas mengenai gosip yang dinyatakan oleh Murai Batu bahawa kononnya mereka telah bercuti bersama di Pulau Perhentian dan ada kemungkian bahawa mereka kini sedang menjalinkan hubungan cinta.

Penyanyi lagi Guraun Berkasih yang menjadi ibu tunggal kepada Muhammad Rayyan Nakhaie, 5, sejak empat tahun lalu berkata, sehingga kini dia masih belum mempunyai teman istimewa dan belum terfikir untuk berkahwin lagi.

"Tipulah kalau saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi, Cuma saya belun berjumpa dengan seseorang yang boleh membuka pintu hati saya untuk berkahwin. Saya ada berkawan dengan teman lelaki tetapi ianya hanya kawan sahaja dan belum ada lagi yang istimewa kepada saya.

"Saya tidak terburu-buru tetapi saya berusaha untuk mencari jodoh yang baik. Apa yang penting, saya mencari lelaki yang beriman yang boleh membimbing saya," luahnya lagi.

Siti Nordiana sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon arwah Faizal Yusof. – Murai

Iklan Teks:

Anda mungkin juga meminati:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

<b>Siti Nordiana</b> Nafi Bercinta Dengan Nubhan - MyNewsHub

Posted: 09 Jul 2013 12:59 PM PDT


PENYANYI Siti Nordiana menafikan dirinya kini sedang bercinta dengan bintang kelahiran Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan.

Khabar angin mengatakan mereka bercinta gara-gara perkongsian gambar mereka bersama rakan-rakan yang lain ketika bercuti di Pulau Perhentian, baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Siti Nordiana atau lebih mesra digelar Nana berkata, "ya, memang sekarang ramai juga yang masih bertanyakan mengenai gosip tu kepada saya. Sebenarnya dakwaan saya bercinta dengan Nubhan tak sahih.

"Kami berkawan baik. Kami pun berasal dari negeri yang sama. Dulu memang kami kerap berjumpa. Memang pergi mana-mana, kami selalu bersama. Cuma sekarang ni kami jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. Kami tak bercinta. Saya anggap dia macam adik saya.

Gosip tu tak munasabah," katanya memetik laporan portal Malaysian Digest.

Penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Faizal Yusof dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurnikan seorang anak lelaki,  Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia lima tahun.

Oleh:  AUDREY LEE

Iklan Teks:

Anda mungkin juga meminati:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

<b>Siti Nordiana</b> Dan Nubhan Bercinta? | Oh! Artis

Posted: 09 Jul 2013 09:42 PM PDT

ohartis-nubhan-siti-nordiana-3

Siapa tak kenal dengan penyanyi lagu "Gurauan Berkasih" dan "Memori Berkasih" yang berduet bersama Arwah Achik Spin suatu ketika dahulu iaitu Siti Nordiana. Siti Nordiana lebih mesra dengan panggilan Nana, pernah berkahwin dengan pelakon Faizal Yusof namun jodoh itu tidak panjang kerana mereka bercerai sebelum Faizal menghembuskan nafas terakhir.

Nana yang dilihat tetap aktif menyanyi namun agak jarang muncul di kaca TV mahupun dada akhbar dan majalah. Baru-baru ini Oh! Artis terhidu bau-bau cinta antara Nana dan penyanyi dari Akademi Fantasia, Nubhan. Betul ke mereka bercinta?

"Ya, memang sekarang ramai juga yang masih bertanyakan mengenai gosip tu kepada saya. Sebenarnya dakwaan saya bercinta dengan Nubhan tak sahih.

"Kami berkawan baik. Kami pun berasal dari negeri yang sama. Dulu memang kami kerap berjumpa. Memang pergi mana-mana, kami selalu bersama. Cuma sekarang ni kami jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. Kami tak bercinta. Saya anggap dia macam adik saya. Gosip tu tak munasabah.

"Kalau betullah kami bercinta, takkan lah kami dengan mudah nak kongsi gambar percutian di Perhentian lalu. Kami kongsi setakat suka-suka saja. Lagipun kami pergi beramai-ramai. Kawan-kawan dia kawan saya juga. Kawan-kawan saya, kawan dia juga." jelas Nana.

—————————————-

Sambal Ikan Bilis Extra Hot

Sambal Ikan Bilis Extra Hot yang sesuai dijadikan juadah berbuka serta bersahur. Bagi yang suka makan pedas tu patut cuba tentunya insyaAllah tak menyesal. Hubungi di 0183999905 atau layari Facebook mereka di http://ohmedia.me/sambalikanbilis

Empat jenis Ikan Bilis untuk dipilih:

Ikan bilis dikopek dan size sederhana besar, Ikan bilis tidak dikopek dan size kecil, Ikan bilis dikopek campur kacan & Ikan bilis tidak kopek dan size kecil campur kacang. Hanya RM15 untuk 250g dan RM28 untuk 500g tidak termasuk kos penghantaran. Penghantaran segera dalam masa satu hari selepas pembayaran disahkan. Nyum nyum!!

—————————————-

Mengulas mengenai gambarnya bersama Nubhan yang tersebar luas di Internet hingga menimbulkan gosip kononnya mereka sedang bercinta, Nana menjawab ia hanyalah gambar sebagai kawan, malah mengakui sejak bergelar ibu tunggal dia memang didekati oleh beberapa lelaki untuk memperisterikannya namun ditolak dengan cara baik kerana merasakan masih belum berjumpa dengan lelaki yang benar-benar mampu membuka pintu hatinya untuk bergelar isteri kembali.

"Ada juga yang mendekati. Ada yang nak lamar saya. Tapi saya tolak sebab tak rasa lelaki itu sesuai dengan saya. Dulu ada juga keluarga cuba jodoh-jodohkan, tapi saya tak mahu. Saya rasa biarlah saya yang pilih sendiri.

"Sebolehnya kalau saya berkahwin semula nanti, saya mahu suami saya itu menyayangi Rayyan. Saya mahu Rayyan dapat kasih sayang seorang ayah seperti mana kasih sayang ayahnya. Saya hanya berserah sajalah", ujar Nana yang turut mengakui kini lebih berhati-hati dalam membuat pilihan teman hidup.

Hasil perkahwinannya bersama arwah pelakon Faizal Yusof sejak tahun 2006, Nana mempunyai seorang anak lelaki, Mohamad Rayyan Nakhaie yang kini berusia 5 tahun.

OHARTIS: BILA TENGOK SITI NORDIANA PASTINYA AKAN TERKENANGKAN ARWAH ACHIK SPIN. BETUL TAK? SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATASNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan